01-03: Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat

1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
 
Imej ini menunjukkan tajuk ‘Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat’ di bahagian atas dengan bingkai hiasan di sekelilingnya. Di bawah tajuk tersebut, terdapat empat kotak yang disusun secara mendatar. Setiap kotak mengandungi teks yang berbeza: ‘Keberkesanan Pentadbiran,’ ‘Kemakmuran Ekonomi,’ ‘Kesejahteraan Sosial,’ dan ‘Kecemerlangan Hubungan Luar Negara.’ Di sudut kanan bawah imej, terdapat logo ‘Pandai.’
 
Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
Keberkesanan Pentadbiran
  • Memberi kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
  • Dasar pentadbiran negara dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
  • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
  • Diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kemakmuran Ekonomi
  • Selepas kemerdekaan, pelbagai usaha diambil untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
  • Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan.
Kesejahteraan Sosial
  • Negara melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan agar mereka dapat bagi sumbangan untuk pembangunan negara.
  • Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan.
Kecemerlangan Hubungan Luar Negara
  • Dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara kita.
  • Dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain.
  • Mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
  • Dapat meningkatkan imej negara.