01-02: Ciri Negara yang Berdaulat

1.2 Ciri Negara yang Berdaulat
 
Negara yang Berdaulat
Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.
 
Imej ini mengandungi empat kotak berbingkai merah yang mengelilingi teks di tengah. Teks di tengah berbunyi ‘Ciri Negara yang Berdaulat.’ Setiap kotak mengandungi teks berikut: 1. Kotak kiri atas: ‘Mempunyai Pemerintahan’ 2. Kotak kanan atas: ‘Mempunyai Sempadan’ 3. Kotak kiri bawah: ‘Mempunyai Perundangan’ 4. Kotak kanan bawah: ‘Mempunyai Rakyat’ Di sudut kanan bawah imej terdapat logo Pandai.
 
Ciri Negara yang Berdaulat
Mempunyai Pemerintahan
  • Diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi.
  • Pemerintahan dijalankan secara teratur.
  • Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
  • Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.
  • Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri.
Mempunyai Sempadan
  • Sempadan - garis pemisah antara negeri atau negara.
  • Malaysia kongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.
  • Memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran dan pembangunan ekonomi negara kita.
Mempunyai Perundangan
  • Merupakan asas peraturan negara.
  • Memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat.
  • Asas kepada sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
  • Parlimen menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita.
Mempunyai Rakyat
  • Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.
  • Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam.
  • Disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama.