01-01: Konsep Kedaulatan

1.1 Konsep Kedaulatan
 
Definisi Kedaulatan
Kedaulatan ditakrifkan sebagai kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
 
Imej ini menunjukkan empat kotak yang mengandungi takrif kedaulatan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kotak-kotak tersebut adalah: 1. Kiri atas: ‘supernuus/supernaus - agung/tertinggi (negara yang bebas dan merdeka)’ 2. Kanan atas: ‘sovereignty - negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan’ 3. Kiri bawah: ‘daulah - kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan’ 4. Kanan bawah: ‘daulat - kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara’ Tajuk di atas adalah ‘Takrif Kedaulatan’.
 
Bahasa Takrif Kedaulatan
Bahasa Yunani  Supernuus / supernaus - agung/tertinggi (negara yang bebas dan merdeka).
Bahasa Inggeris Sovereignty - negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.
Bahasa Arab Daulah - kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
Bahasa Melayu Daulat - kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.

Pandangan Tokoh
Aristotle (Ahli Falsafah Yunani)
  • Kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.
  • Kerajaan yang terikat oleh undang-undang.
Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)
  • Kekuatan dan kekuasaan berasaskan semangat kakitangan bangsanya.
  • Kekuatan semangat beragama - sanggup berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.
Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis)
  • Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara.
  • Sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
  • Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara)
  • Asas negara yang merdeka.
  • Memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa.

Jenis-jenis Kedaulatan
Kedaulatan Tradisional
  • Sistem pemerintahan berkuasa mutlak.
  • Negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
  • Raja - pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi.
  • Diperkukuh oleh taat setia rakyat.
Kedaulatan Moden
  • Idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan dan Perancis.
  • Hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.
  • (Selepas Perang Dunia Pertama) nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.
  • Kedaulatan negara kita lahir hasil gabungan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.
Kedaulatan Undang-undang
  • Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.
  • Menjamin keadilan dan menjaga negara aman, stabil dan makmur.
  • Badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.
  • Menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara.
Kedaulatan Antarabangsa
  • Merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.
  • Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970, sahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.
  • Keanggotaan negara kita dalam PBB buktikan, dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.