Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Usaha Menangani Ancaman Komunis
Usaha Menangani Ancaman Komunis
6.3
Usaha Menangani Ancaman Komunis
Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
Menahan sesiapa yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa perbicaraan.
Hukuman berat dikenakan kepada yang membantu komunis.
Undang-undang senjata api diketatkan dengan mengenakan hukuman mati kepada yang membawanya.
Rumah kediaman digeledah, kampung dipagar, perintah berkurung diadakan dan Kampung Baru diwujudkan
Mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti politik berfahaman radikal.
Contoh:
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)
Pemuda Radikal Meayu (PERAM)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Hizbul Muslimin
Menangkap pemimpin radikal seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek.
Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
Polis
Cawangan Khas
Guy C. Madoc, ketua badan perisikan.
Tubuhkan Cawangan Khas (Special Branch), ramai daripada golongan Cina.
Tugas risikan dapat tahu operasi PKM.
Ada anggota polis menyamar sebagai komunis.
Berjaya memudahkan pasukan keselamatan merancang tindakan terhadap PKM.
Special Constables
Ditubuhkan semasa Rancangan Briggs dilaksanakan.
Dihantar untuk mengawal ladang dan lombong.
Merupakan barisan hadapan menghadap komunis.
Polis Hutan
Mulanya dikenali sebagai Flying Squad kemudian dinamakan Jungle Companies.
Pada 1953, pasukan disusun semula dan dinamakan Police Field Force (PFF) dan pada 1958, nama ditukar menjadi Polis Hutan.
Tugas pasukan untuk buru komunis, buat rondaan dan membawa makanan kepada petugas di dalam hutan dan menjaga kubu.
Polis Wanita
Ditubuhkan pada tahun 1955.
Barbara D.R. Wentworth, pegawai polis wanita pertama.
Ditugaskan melatih anggota baharu dan menyusun pasukan polis wanita.
Senoi Praaq (Urang Perang)
Ditubuhkan pada 1956.
Ditugaskan untuk mengesan tempat persembunyian komunis dalam hutan.
Anggota terdiri daripada Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan.
Dikenali sebagai "The Silent Killers".
Auxiliary Police
Seramai 17 ribu orang anggota pada tahun 1948.
Mempertahankan bandar dan kampung.
Pada 1956, anggota AP dijadikan Police Volunteer Reserve.
Tentera
Pasukan Askar Melayu
Ditubuhkan pada tahun 1933.
Untuk membanteras gerila komunis di dalam hutan.
Kerajaan lengkapkan tentera darat dengan pasukan meriam dan pasukan bantuan lain.
Rejimen Askar Melayu diperbesar daripada tiga rejimen kepada tujuh rejimen.
Mendapat prestasi cemerlang dalam memerangi komunis.
Dapat memusnahkan kubu operasi komunis dan menumpaskan anggota komunis.
Pasukan Askar Komanwel
Membawa masuk askar dari Britain, Australia, New Zealand, India, Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia dan Fiji.
Seramai 10 ribu askar Gurkha, 25 ribu askar Britain dan satu batalion askar Afrika dan rejimen Fiji ditempatkan di Tanah Melayu.
Membantu dalam memerangi komunis di negara kita.
Sarawak Rangers
Terdiri daripada orang Iban.
Menjejak persembunyian komunis di dalam hutan kerana mahir dalam selok belok hutan.
Cogan kata "Agi Idup Agi Ngelaban" yang bermaksud selagi hidup selagi melawan.
Berjaya memusnahkan kem dan markas komunis.
Sukarelawan
Home Guard
Pasukan Pengawal Kampung.
Membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada sebar kepada komunis.
Diberi latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan.
Seramai 79 ribu orang Home Guard di Persekutuan Tanah Melayu.
Berjaya dalam mengamankan kampung dan lindungi pekerja lombong bijih timah daripada serangan.
Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
Kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan.
Untuk mengawal pergerakan penduduk.
Memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis.
Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 ke atas hendaklah mendaftar diri.
Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan kemana-mana sahaja.
Rancangan Briggs
Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British.
Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs sebagai Pengarah Operasi.
Tujuan untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen (Organisasi Massa) yang membekalkan makanan, senjata dan maklumat serta ubatan.
Suasana di Kampung Baru:
Penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke sebuah penempatan baharu yang digelar "Kampung Baru".
Dilengkapi dengan bekalan air, elektrik, sekolah, pusat komuniti dan rumah ibadat.
Jawatankuasa Kampung ditubuhkan untuk memelihara kemudahan kampung.
Dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constables.
Tawaran Pengampunan
Sir Henry Gurney isytiharkan pengampunan kepada komunis untuk menyerah diri.
Poster dan siaran radio diadakan setiap hari.
Risalah disebarkan dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk anggota komunis untuk serah diri.
Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
Majlis Perundangan Persekutuan isytiharkan kempen "Bulan Rakyat Melawan Penjahat".
Penduduk berbilang kaum diseru untuk mendaftarkan diri secara sukarela.
Kempen berjaya melibatkan rakyat pelbagai kaum dan bangsa termasuklah golongan profesional dan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Perintah Berkurung
Tindakan melarang penduduk keluar daripada rumah dalam tempoh tertentu.
Membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan.
Perintah ini juga dikenakan ke atas penduduk yang enggan bekerjasama untuk banteras ancaman komunis.
Perang Saraf
Rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk hapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.
Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
Beliau menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan.
Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum untuk bersatu menentang banteras komunis.
Mengadakan lawatan
Templer mendampingi rakyat untuk tahu masalah dan pandangan mereka.
Sebanyak 122 lawatan ke sekolah, kampung, hospital, dispensari, bilik operasi, pondok polis, unit pasukan keselamatan, buruh, lombong, estet.
Dengan diiringi isteri beliau melakukan 20 lawatan ke Kampung Baru dan Kampung Melayu.
Isterinya tubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti.
Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan
Untuk menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu.
Lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara.
Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
Mengadakan pilihan raya tempatan pertama untuk galakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam politik.
Menawarkan Hadiah Wang Tunai
Ditawarkan untuk sesiapa yang berjaya menangkap atau beri maklumat berkaitan gerila komunis.
Memenangi Kepercayaan Orang Asli
Templer dirikan 14 kubu untuk dapatkan sokongan orang asli.
Kubu disediakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlindungan.
Memajukan Perkhidmatan Penerangan
Untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan.
Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium.
Bertanggungjawab sebarkan risalah antikomunis kepada penduduk dan risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.
Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih
Kawasan hitam ialah kawasan aktif dengan kegiatan komunis dan dikenakan perintah berkurung.
Kawasan putih disytiharkan bebas ancaman komunis.
Rundingan Baling
Tunku Abdul Rahman adakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Baling, Kedah.
Pertemuan melibatkan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dengan PKM.
Kerajaan PTM diwakili Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall.
PKM diwakili Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
Syarat Tunku:
Meminta Chin Peng bubarkan PKM.
Meletakkan senjata dan menyerah diri.
Syarat Chin Peng
Peletakan senjata dan penyerahan diri akan dibuat sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai parti politik yang sah.
Rundingan tidak berjaya kerana Tunku menolak syarat yang diberi Chin Peng.

Chapter : Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat
Topic : Usaha Menangani Ancaman Komunis
Form 4
Sejarah
View all notes for Sejarah Form 4
Related notes
Latar Belakang Pengaruh Komunis di Negara Kita
Ancaman Komunis di Negara Kita
Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang sebelum kedatangan Barat
Peranan Pemerintah dan Rakyat dalam Pemerintahan sebelum Kedatangan Barat
Maksud Nasionalisme
Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
Perkembangan Idea Nasionalisme di Asia
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account