Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British

4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British
 
Pengenalan 
  • Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diserahkan kepada British.
  • Penyerahan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan.
 
Pentadbiran Tentera di Sarawak
  • Australia mendarat di Kuching dan memperkenalkan pentadbiran tentera, British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU).
  • British perkenalkan BMA di Sarawak.
  • Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
  • Mendapat tentangan hebat dari penduduk tempatan.
 
Imej ini menunjukkan tiga faktor penyerahan Sarawak kepada British. Terdapat tiga gelembung ucapan yang masing-masing mengandungi faktor-faktor tersebut. Faktor pertama adalah ‘Masalah pewarisan takhta’, faktor kedua adalah ‘Desakan kerajaan British’, dan faktor ketiga adalah ‘Masalah Kewangan’. Di tengah-tengah imej, terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang imej berwarna putih dengan beberapa hiasan bintang dan corak abstrak berwarna merah.
 
Faktor Penyerahan Sarawak kepada British
  • Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
  • Antaranya termasuklah seperti yang berikut:
Masalah Pewarisan Takhta
  • Vyner Brooke tidak mempunyai waris lelaki.
  • Melantik anak saudaranya, Anthony Brooke untuk menggantikannya.
Desakan Kerajaan British
  • Pihak Pejabat Tanah Jajahan desak Vyner Brooke beri kuasa kepada British.
  • Untuk luaskan kuasa di Sarawak, menguasai kekayaan ekonomi, kepentingan pelabuhan British.
Masalah Kewangan
  • Vyner Brooke tidak mampu memulihkan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua.
  • Ekonomi Sarawak terjejas.
  • Lombong minyak musnah.
  • Ladang getah terbiar.
  • Kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan kapal terbang perlu dibaiki.
 
Kerajaan Sementara
  • Semasa Sarawak berada di bawah pemerintahan Jepun, kerajaan sementara telah diwujudkan.
  • Pengerusinya ialah Bertram Brooke dan Anthony Brooke.
  • Sementara itu, Oliver Stanley, Setiausaha Tanah Jajahan berunding dengan kerajaan sementara pada tahun l941 untuk membolehkan British mengambil Sarawak.
  • Namun begitu, Bertram Brooke dan Anthony Brooke menolak tawaran tersebut.
 
Proses penyerahan Sarawak kepada British
  • Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk menandatangani perjanjian penyerahan dengan George Henry Hall.
  • Vyner Brooke mendapat persetujuan daripada ketua tempatan tanpa pengetahuan rakyat Sarawak.
  • British mahu Vyner Brooke mendapatkan juga persetujuan Majlis Negeri dan rakyat Sarawak.
  • Gammas dan Rees Williams membuat tinjauan di Sarawak, hasil tinjauan:
    • Peribumi menentang penyerahan Sarawak.
    • Orang Cina menyokong.
    • Sesetengah penduduk tidak memahami maksud penyerahan Sarawak.
    • Laporan Gammas dan Rees Williams berkaitan isu penyerahan Sarawak dihantar ke Majlis Negeri untuk diundi.
  • Majlis Negeri meluluskan penyerahan Sarawak selepas membuat undian (menang dengan 19 undian).
  • Sarawak menjadi tanah jajahan British.