Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu

   
2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu
 
Perjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu

 

  • Persaingan kuasa-kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada pembahagian kawasan pengaruh antara British dan Belanda.
  • Disebabkan ini, terhasilnya Perjanjian London 1824.
 
Kesan Perjanjian London 1824 Terhadap Alam Melayu
 

1. Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat

  • Selat Melaka dan Singapura dijadikan sempadan yang memisahkan wilayah pengaruh British dan wilayah pengaruh Belanda di Alam Melayu.
  • British dan Belanda hanya mengutamakan kepentingan mereka terjamin dan meminggirkan kedaulatan kerajan Alam Melayu.
  • Mewujudkan entiti geopolitik baharu.
  • Wilayah dikenali sebagai Hindia Timur Belanda.
 
 

2. Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

  • Singapura menjadi Tanah Jajahan British.
  • Berakhir Kesultanan Riau Lingga.
  • Pengisytiharan Kedaulatan Pahang.
 

3. Selat Melaka di bawah Penguasaan British

  • Perdagangan di Selat Melaka dikuasai sepenuhnya oleh British kerana memiliki tiga pelabuhan strategik.
  • Pengunduran Belanda dari Tanah Melayu membuka peluang kepada British untuk meluaskan kuasa ke negeri Melayu.