Mengenali Tamadun

 
4.1

Maksud Tamadun

 
Tamadun
Suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang.
 

Contoh bidang:

  • kegiatan pertanian dan perdagangan
  • sistem pemerintahan
  • pembentukan bandar
  • pengkhususan pekerjaan
  • teknologi
  • organisasi sosial
  • agama dan kepercayaan
  • tulisan dan penyimpanan rekod
  • kesenian dan kesusasteraan
 
Maksud tamadun dari pelbagai aspek bahasa
Bahasa Yunani
  • civitas : bandar/kota.
  • Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan.
Bahasa Inggeris
  • Civilisation : Tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju.
  • Merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan kebolehan manusia atau organisasi.
Bahasa Arab
  • Mudun, madain dan madana : Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
  • Hadharah : Kawasan, daerah, bandar, kota, kampung
  • dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam.
  • Hadari : Tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.
Bahasa Melayu
  • Suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.
 
4.2

Konsep Tamadun

 

Sudut Pandangan Islam:

  • Dibina atas kerangka al-Din (cara hidup).
  • Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah yang berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang disarankan oleh al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW.
  • Ibn Khaldun
    • memperkenalkan konsep “umran” dan “hadharah” dalam karyanya Muqqadimah.
    • Istilah “hadharah” dan “madaniyyah” bermaksud perbandaran dan tamadun.
    • Hadharah - Prinsip-prinsip nilai meliputi aspek akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan peradaban.
    • Madaniyyah - menjurus kepada aspek kebendaan dalam kehidupan dan lebih bersifat umum kepada semua manusia.
  • Syed Muhammad Naquib Al-Attas
    • tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
    • Karyanya termasuk:
      1. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
      2. Historical Fact and Fiction
 

Sudut Pandangan Barat:

  • Istilah “civilisation” digunakan untuk menggambarkan tahap sesuatu masyarakat atau budaya yang kompleks.
  • Masyarakat bertamadun diukur melalui:
    • Pencapaian ilmu dan teknologi
    • Ekonomi
    • Struktur politik
    • Kemasyarakatan
    • Petempatan di kawasan perbandaran
  • Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah dalam bidang kebudayaan seperti:
    • Kesenian
    • Penulisan
    • Undang-undang
    • Perbandaran
  • Arnold J. Toynbee
    • Menjelaskan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan kebudayaan.
 
4.3

Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia

 

1. Pertanian dan perdagangan

Pertanian:

  • Penciptaan pelbagai peralatan
  • Pembinaan saliran
  • Penciptaan kincir angin
  • Pembinaan teres di tanah tinggi

Perdagangan:

  • Tempatan
  • Jarak jauh
 
 

2. Sistem pemerintahan

  • Pemerintahan negara-kota diketuai oleh pendeta/raja
  • Raja dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan
  • Undang-undang telah dibentuk
 

3. Pembentukan bandar

Ciri-ciri bandar:

  • Pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun
  • Kemudahan prasarana yang teratur dan sistematik
  • Pembinaan sistem perparitan dan pembetungan
  • Pembinaan kota untuk sempadan perlindungan daripada serangan musuh
 

4. Pengkhususan pekerjaan

Terdapat pekerjaan seperti:

  • pengutip cukai
  • jurutera
  • tentera
  • petani
  • kumpulan artisan
  • saudagar
  • pedagang
 

5. Teknologi

Penghasilan penciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan, misalnya:

  • Taman Tergantung Babylon
  • Pembinaan piramid dan sfinks
  • Pembinaan negara-kota mohenjo-daro
  • Peralatan seperti bajak untuk pertanian
  • Penciptaan roda
 

6. Organisasi sosial

  • Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial.
  • Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh.
 

7. Agama dan kepercayaan

  • Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan
  • Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan
 

8. Tulisan dan penyimpanan rekod

  • Membolehkan manusia menyimpan rekod dan perkara penting tentang masyarakat dan diri mereka.
  • Tulisan pertama menggunakan sistem piktograf atau simbol gambar.
 

9. Kesenian dan kesusasteraan

  • Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan setiap budaya tamadun masing-masing.