Lokasi Zaman Prasejarah yang diiktiraf UNESCO di seluruh dunia
1. Gua Chauvet, Perancis
- Diduduki oleh manusia silih berganti antara 30,000 SM hingga 27,000 SM.
- Lukisan di dalam gua ini membuktikan penglibatan masyarakat prasejarah dalam aktiviti memburu binatang.
2. Altamira, Sepanyol
- Bukti lukisan yang ditemukan di dalam gua Altamira menunjukkan kewujudan manusia Zaman Mesolitik.
- Mereka hidup antara 35,000 hingga 11,000 SM.
3. Catal Huyuk, Turki
- Diduduki oleh manusia Zaman Prasejarah antara 7,100 – 600 SM.
- Aktiviti utama termasuklah pertanian, terutamanya penanaman barli dan gandum.
4. Stonehenge, Britain
- Dibina antara 3,700 hingga 1,600 SM.
- Binaan ini dikaitkan dengan upacara ritual dan tempat mengkaji bintang.
5. Bhimbetka, India
- Tapak prasejarah di Bhimbetka, di bahagian tengah India ini berusia 30,000 SM.
- Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan manusia prasejarah di India.
6. Zhoukoudian, China
- Tapak ini berusia antara 18,000 hingga 11,000 SM dan ditemukan rangka manusia yang dinamakan Peking Man.
7. Shahr-i-Sokhta, Iran
- Berusia antara 3,200 hingga 1,800 SM.
- Bukti di tapak ini menunjukkan kehidupan masyarakat yang telah tersusun dengan kawasan perumahan, kawasan perkuburan dan kawasan pembuatan barangan harian.
8. Gobekli Tepe, Turki
- Tapak ini diduduki oleh manusia pada 12,000 SM.
- Ahli arkeologi berpendapat binaan batu di tapak ini mempunyai kaitan dengan upacara ritual.
|
Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara
1. Ban Chiang, Thailand
- Tapak Zaman Neolitik dan Zaman Logam, berusia antara 3,600 hingga 500 SM.
- Manusia di Ban Chiang menjalankan aktiviti pertanian, pembuatan logam, tekstil, tembikar tanah dan kegiatan menternak binatang.
2. Lenggong, Malaysia – Penemuan rangka Perak Man
- Tapak Zaman Prasejarah terpenting di rantau Asia Tenggara yang menunjukkan kehidupan manusia merentas Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik.
- Rangka Perak Man yang berusia antara 11,000 hingga 10,000 SM merupakan bukti paling penting menunjukkan kehidupan manusia Zaman Prasejarah di negara ini.
3. Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia
- Penemuan fosil dan sisa tulang yang berusia antara 94,000 hingga 12,000 SM yang dinamakan sebagai Flores Man atau Homo Floresiensis.
- Tapak ini juga menunjukkan kehidupan manusia sejak Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam.
4. Gua Padah-lin, Myanmar
- Tempat tinggal manusia Zaman Prasejarah antara 13,000 SM hingga 11,000 SM.
5. Sa Hyun, Vietnam
- Tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara.
- Berusia antara 1000 SM hingga 200 M. Aktiviti utama ialah pembuatan tembikar.
6. Gua Tabon, Filipina
- Tapak Zaman Prasejarah yang penting di Filipina yang dianggarkan berusia 47,000 SM.
- Tinggalan rangka manusia berusia antara 22,000 hingga 24,000 tahun yang lalu ditemui di sini.
|