Kemagnetan

 

 
7.3  Kemagnetan
 
Kemagnetan
\(\swarrow\) \(\searrow\)
Magnet Elektromagnet

Magnet

Sifat-sifat magnet
  1. Menarik bahan magnet
  2. Kutub sama jenis menolak, kutub berlainan jenis menarik
  3. Berkutub (kutub utara dan kutub selatan)
  4. Menunjukkan arah utara-selatan apabila digantung secara bebas
 
Medan Magnet
  • Kawasan di sekitar magnet yang wujud kesan daya oleh magnet dikenali sebagai medan magnet
 
Ciri - ciri garisan medan magnet
  • Mengarah dari kutub utara ke kutub selatan magnet
  • Lebih rapat antara satu sama lain di kawasan yang mempunyai medan magnet yang lebih kuat
  • Tidak akan bertemu atau bersilang

Elektromagnet

  • Elektromagnet ialah sejenis magnet yang mempunyai kesan magnet untuk sementara waktu apabila arus elektrik dialirkan melaluinya
 
Medan Magnet
  • Corak medan magnet yang terbentuk bergantung pada bentuk konduktor yang digunakan
  • Arus medan magnet ditentukan oleh arah arus elektrik
  • Petua genggaman tangan kanan dapat menentukan arah medan magnet pada dawai lurung yang membawa arus

Aplikasi Magnet dan Elektromagnet dalam Kehidupan Harian

  1. Jarum kompas menggunakan magnet untuk menunjukkan arah kutub
  2. Kad kredit dan kad debit mempunyai jalur elektromagnet yang menyimpan maklumat
  3. Kunci bermagnet pada pintu menggunakan elektromagnet untuk mengunci pintu secara automatik