Pembangunan Produk Bahagian 2

 

Langkah-langkah menghasilkan produk berfungsi

  1. Mengukur, menanda dan memotong bahan
    • Mengukur- dilakukan berdasarkan lukisan unjuran ortografik.
    • Menanda- dilakukan pada permukaan yang hendak dipotong.
    • Memotong- dilakukan untuk mendapatkan bentuk mengikut reka bentuk yang dikehendaki dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan.
  2. Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
    • Melibatkan kerja-kerja seperti meletakkan glu, memasang skru dan memateri.
  3. Membuat kemasan
    • Menambahkan nilai estetika, nilai komersial dan ketahanan terhadap sesuatu produk.
 

Jenis bahan kemasan dan fungsinya

Bahan kemasan Fungsi Pelarut

Bahan binaan yang sesuai

Cat licau, cat sembur Menghasilkan permukaan yang licin, berkilat dan kalis air Turpetin Kayu, logam, epoxy, akrilik
Varnish Melindungi dan mencantikkan Thinner Kayu
Syelek Melindungi dan mencantikkan Spirit bermetil Kayu
Tona kayu Menimbulkan warna asal dan ira kayu Turpetin Kayu
Semburan lekar jernih Mengilatkan permukaan kayu Thinner Kayu, logam, epoxy
Pelekat Kemasan dan menutup kecacatan - Kayu, logam, plastik
 
7) Pengujian/ Penambahbaikan
 

Pengujian dan penilaian

  • Proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah dihasilkan.
  • Diukur berdasarkan tiga faktor:
    • Mematuhi projek brief
    • Memenuhi kehendak pelanggan
    • Ketepatan rupa bentuk
 
Pengujian
 
Ujian Makmal
Pengujian terhadap produk berfungsi di dalam makmal atau bengkel dengan menggunakan peralatan dan kelengkapan tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk.
 
  • Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal oleh peralatan di dalam makmal atau bengkel.
  • Contoh: ujian kemuluran, ujian kekuatan dan ujian beban.
 
Ujian Parameter
Pengujian terhadap produk berfungsi yang dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar bagi menentukan kefungsian, kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan produk.
 
Contoh: Penggilap Kasut Magik digunakan untuk menggilap kasut kulit dan kasut PVC guru-guru lelaki di sebuah sekolah menengah tertentu yang telah dipilih.
 
 

Contoh pengujian dengan kaedah ujian parameter terhadap produk Penggilap Kasut Magik

  • Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan kain lap untuk membersihkan kasut kulit atau kasut PVC.
  • Merekodkan masa dalam minit yang diambil Penggilap Kasut Magik dan berus kasut konvensional untuk menggilap kasut kulit atau kasut PVC.
 

Penilaian

  • Dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah diperoleh.
  • Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan meliputi aspek:
    • Kefungsian
    • Ergonomik
    • Reka bentuk
    • Nilai estetika
    • Keselamatan produk
 

Kesesuaian produk

  • Ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk.
  • Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk yang telah dihasilkan menepati keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya.
 
  Contoh penilaian terhadap keputusan pengujian  
     
 
  • Hasil daripada penilaian, produk didapati dapat berfungsi sepenuhnya seperti yang dirancang.
  • Produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk membersihkan dan menggilap kasut dengan mudah, berkesan dan cepat.
  • Oleh itu, Penggilap Kasut Magik amat sesuai digunakan untuk membersihkan dan menggilap kasut.
 
 

Tahap keselamatan

  • Penilaian tahap keselamatan dilakukan bertujuan untuk tidak membahayakan pengguna.
 
  Contoh penilaian tahap keselamatan  
     
 
  • Produk mempunyai manual penggunaan.
  • Produk selesa dipegang dan boleh dikendalikan dengan sebelah tangan.
  • Bahagian elektronik produk terlindung dan ditutup dengan kemas.
  • Produk tidak mempunyai bahagian yang tajam.
 
 

Penambahbaikan

  • Bertujuan menjadikan produk lebih baik dan sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif asal penghasilannya.
 
Perkara utama dalam membuat penambahbaikan produk
  1. Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau tidak bersesuaian.
  2. Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya produk lebih mantap dan efisien.
  3. Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan komponen dan warna yang digunakan.
  4. Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan fungsinya.
  5. Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi keselesaan pengguna.
  6. Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada produk.
 

Cadangan penambahbaikan terhadap Penggilap Kasut Magik

Kelemahan yang dikenalpasti Cadangan penambahbaikan
Putaran motor AT menjadi perlahan apabila pad pengilap dtekan agak kuat pada permukaan kasut.
  • Menukar kepada motor AT yang mempunyai daya kilas yang tinggi.
Bateri perlu diganti apabila kehabisan kuasa.
  • Menggunakan bateri berkuasa tinggi yang boleh dicas semula menggunakan plag 3 pin atau USB.
  • Melengkapkan produk dengan alat pengecas
Perumah yang dihasilkan daripada kayu mungkin pecah jika terjatuh. Perumah juga mungkin reput setelah tempoh masa tertentu.
  • Menggunakan bahan seperti plastik atau fiber untuk menghasilkan perumah yang lebih tahan lasak, ringan, moden dan mempunyai ciri-ciri futuristik.
 
8) Pendokumentasian
 
  Pendokumentasian  
     
  Satu laporan bertulis yang menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat mock-up atau model produk dihasilkan.  
     
 

Kepentingan pendokumentasian

  1. Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk
  2. Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
  3. Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
 

Format laporan penghasilan produk

  • Muka hadapan
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Kandungan
  • 1.0 Pengenalan
  • 2.0 Penentuan gabungan teknologi
  • 3.0 Perancangan konsep
  • 4.0 Lakaran akhir
  • 5.0 Jadual kerja
  • 6.0 Pengurusan kewangan
  • 7.0 Penghasilan produk
  • 8.0 Pengujian dan penilaian
  • 9.0 Cadangan penambahbaikan
  • 10.0 Penutup
  • Bibliografi
  • Lampiran
 

Persembahan

  • Bertujuan memperkenalkan produk kepada umum dari segi kefungsian, reka bentuk dan keistimewaannya.
  • Pereka bentuk juga dapat memperoleh cadangan penambahbaikan bagi membaiki kualiti produk yang telah dihasilkan.