Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah
20: Alam Sekitar Penenang Jiwa
20
Alam Sekitar Penenang Minda
Dalil Naqli Tuntutan Adab Menjaga Alam Sekitar
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hajj, Ayat 64
لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ
Maksud:
Segala yang ada di langit dan di bumi ialah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 11-12
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ
Maksud:
Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Adab Menjaga Alam Sekitar
Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna agar tidak terancam dan pupus.
Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan seperti penanaman semula pokok bakau.
Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan asrama.
Sentiasa menjaga kelestarian alam seperti menjaga kebersihan sungai.
Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula.
Sentiasa berhemah dan tidak membazir menggunakan sumber air.
Punca Pencemaran Alam
Sifat manusia yang tamak dalam mengejar kekayaan.
Sikap suka mengambil mudah terhadap sesuatu.
Menganggap menjaga alam sekitar tanggungjawab pihak berkuasa sahaja.
Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri.
Kurang kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.
Kesan Kerosakan Alam Sekitar
Wabak penyakit mudah merebak.
Hidup tidak selesa kerana bau busuk.
Sumber makanan akan berkurang.
Masyarakat tidak aman.
Maruah negara akan tercemar.
Industri pelancongan akan merosot.
Ekonomi negara akan terjejas.
Cara Memelihara Alam Sekitar
Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar.
Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan.
Melaporkan kegiatan mencemarkan alam kepada pihak berkuasa.
Menguatkuasakan undang-undang agar rakyat berdisiplin.
Menyediakan tong sampah yang mencukupi.
Mewujudkan lebih banyak pusat kitar semula.

Chapter : Akhlak Islamiyah
Topic : Memelihara dan memulihara alam sekitar secara beradab dan istiqamah
Form 5
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 5
Related notes
18: Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa
19: Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
21: Sifat Mazmumah Meracuni Hati
01: Surah At-Taubah, Ayat 128-129
02: Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24
03: Hukum Tajwid: Bacaan " ر ", Waqaf dan ibtida'
04: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11
05: Memahami Keutamaan dalam Tindakan, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
06: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
07: Setiap Orang ialah Pemimpin
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account