20: Alam Sekitar Penenang Minda

20  Alam Sekitar Penenang Minda
Dalil Naqli Tuntutan Adab Menjaga Alam Sekitar

 1. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hajj, Ayat 64 :

Maksud :

 Segala yand ada di langit dan di bumi ialah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

 2. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 11-12 :

Maksud :

 Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab, sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah ! bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Sumber : online.anyflip.com

 

Adab Menjaga Alam Sekitar
  1. Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna agar tidak terancam dan pupus.
  2. Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan seperti penanaman semula pokok bakau.
  3. Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan asrama.
  4. Sentiasa menjaga kelestarian alam seperti menjaga kebersihan sungai.
  5. Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula.
  6. Sentiasa berhemah dan tidak membazir menggunakan sumber air.

 

Hikmah Adab Menjaga Alam Sekitar
  1. Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar kerana menyedari tanggungjawab yang diamanahkan
  2. Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa kerana melihat keindahan alam.
  3. Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit kerana pembudayaan cinta akan alam sekitar.
  4. Melestarikan alam sekitar yang indah untuk dimanfaatkan kepada generasi akan datang.
  5. Meningkatkan pendapatan kerana melaksanakan aktiviti eko-pelancongan.
  6. Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar kerana menyedari tanggungjawab yang diamanahkan.