Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
18: Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa
18: Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa
18
Tawaduk Menzahirkan Kesucian Jiwa
Maksud Tawaduk
Sikap
kerendahan hati
kepada Allah SWT dan sesama manusia.
Maksud dan Dalil Naqli Sifat Tawaduk
Abu Hurairah RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda: (Riwayat Muslim)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"ما تواضع أحد لله إلا رفعه الله"
Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya.
'Iyyadh bin Hamar RA Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW Bersabda: (Riwayat Muslim)
عن عياض بن حمار رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إن الله أوحى إلي أن تواضعوا، حتى لا يفخر أحد على أحد ولا يبغي أحد على أحد"
Sesungguhnya Allah SWT telah mewahyukan kepadaku agar bersifat tawaduk. Janganlah seseorang antara kamu bersifat sombong dan berbuat zalim kepada yang lain.
Contoh Sifat Tawaduk yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW
Tawaduk dalam Pergaulan
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bergaul, terutama dengan kanak-kanak. Walaupun mempunyai kedudukan yang mulia, baginda tidak sombong dengan kedudukannya. Sebaliknya baginda menghormati dan menyayangi kanak-kanak. Baginda sentiasa bersikap lemah lembut dan menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW selalu menyantuni kanak-kanak dengan mendahulukan ucapan salam ketika bertemu dan membelai rambut mereka dengan perasaan kasih sayang. (Riwayat Bukhari)
Tawaduk dalam Kehidupan Rumah Tangga
Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawaduk ketika bersama-sama dengan keluarga. Baginda bersama-sama membantu isteri melayani keluarga dan menguruskan rumah tangga. 'Urwah bin Zubair RA berkata: Seseorang bertanya kepada Saidatina Aisyah RA, "Adakah Rasulullah SAW bekerja di dalam rumah baginda?" Lalu Saidatina Aisyah menjawab, "Rasulullah menampal selipar, menjahit pakaian dan melaksanakan tanggungjawab dalam rumah tangga sepertimana yang dilakukan oleh orang lain".
Tawaduk Ketika Makan dan Minum
Rasulullah menunjukkan sifat tawaduk ketika makan dan minum. Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda. Jika baginda menyukai makanan tersebut, baginda akan memakannya. Apabila baginda tidak menyukainya, baginda meninggalkannnya. Baginda tidak menzahirkan perasaannya, sebaliknya hanya berdiam.

Chapter : Akhlak Islamiyah
Topic : Merumus konsep Tawaduk serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah
Form 5
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 5
Related notes
19: Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
20: Alam Sekitar Penenang Jiwa
21: Sifat Mazmumah Meracuni Hati
01: Surah At-Taubah, Ayat 128-129
02: Surah Al-Hasyr, Ayat 21-24
03: Hukum Tajwid: Bacaan " ر ", Waqaf dan ibtida'
04: Ciri-Ciri Mukmin Berjaya: Surah Al-Mukminun, Ayat 1-11
05: Memahami Keutamaan dalam Tindakan, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
06: Kepelbagaian Bangsa dalam Islam, Surah At-Taubah, Ayat 19-20
07: Setiap Orang ialah Pemimpin
Report this note
Homework Help
Get your homework done with live tutors’ help
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account