07: Setiap Orang ialah Pemimpin

7  Setiap Orang ialah Pemimpin
 
Baca Hadis dengan Betul
   : عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عُمَرَ يَقُولُ : سَمِِعْتُ رَسُولَ الله يَقُول سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ  صَلَّى الله علَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول
 كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الإِمَامُ رَاعٍومسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،  وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَاعِيَّتِةِ،وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فيِ بَيْتِ زَوْجِهَا و مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فيِ مَالِ سَيِّدِهِ وَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،   قَالَ: وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ --قَالَ: وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ مَالِ أَبِيهِ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه  --وَكُلُّكُمْ رَاعٍ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه (متفق عليه)
 
Potongan Hadis Maksud

 كُلُّكُمْ رَاعٍ

 Setiap kamu ialah pemimpin.

وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

 Dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya.

الإِمَامُ رَاعٍومسْؤولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

 Imam itu ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَاعِيَّتِةِ

 Dan lelaki itu ialah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فيِ بَيْتِ زَوْجِهَا و مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا

 Dan perempuan itu ialah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

وَالْخَادِمُ رَاعٍ فيِ مَالِ سَيِّدِهِ وَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

 Dan pekerja itu ialah pemimpin bagi harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

 قَالَ: وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ قَالَ: وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ مَالِ أَبِيهِ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

 Dia berkata: Aku menyangka bahawa sesungguhnya bahawa baginda juga bersabda:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ فيِ مَالِ أَبِيهِ ومَسْئُولٌ عَنْ

 Dan lelaki itu ialah pemimpin bagi harta benda ayahnya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.

وَكُلُّكُمْ رَاعٍ ومَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

 Dan kamu semua ialah pemimpin, dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.
 
Tanggungjawab Setiap Individu
Pemimpin
  • Berlaku adil & menghapuskan kezaliman.
  • Menegakkan syariat Islam.
  • Menyusun sistem pentadbiran yang cekap & amanah.
  • Menyediakan infrastruktur yang lengkap.
  • Bersikap toleransi terhadap orang bawahan.
 Suami
  • Memberikan nafkah kepada anggota keluarga.
  • Memberikan didikan agama kepada isteri & anak-anak.
  • Memberikan perlindungan & menjaga keselamatan anggota keluarga.
  • Melayan & bergaul dengan isteri & anak-anak dengan baiknya.
Isteri
  • Mentaati suami & menunaikan haknya.
  • Menjaga maruah diri, suami & keluarga.
  • Memelihara & mendidik anak-anak.
  • Menguruskan rumah tangga.
Anak
  • Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.
  • Sentiasa mendoakan mereka.
  • Sentiasa membantu mereka dengan sebaiknya.
  • Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa & menyambung silaturahim dengan rakan-rakan mereka.
 
Antara Nasihat Luqman Al-Hakim kepada Anaknya dalam Surah Al-Luqman, Ayat 12-19
  • Mengesakan Allah SWT.
  • Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
  • Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan menghargai kedua-dua ibu bapa.
  • Setiap perbuatan (baik atau jahat) akan diberi balasan oleh Allah SWT.
  • Dirikan solat.
  • Laksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  • Bersabar atas segala maksiat.
  • Menjauhi sikap sombong.
  • Elokkan percakapan.
 
Pengajaran Hadis
  • Kita hendaklah menyedari bahawa setiap individu berperanan sebagai pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
  • Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin dengan adilnya & amanah.
  • Kita hendaklah memelihara & melindungi anggota keluarga agar selamat di dunia & di akhirat.
  • Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga & rumah tangga agar kekal harmoni.
  • Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati.
  • Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup atau meninggal dunia kerana jasa mereka tidak terbalas.
  • Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah dalam segala aspek kepimpinan kerana baginda ialah contoh ikutan yang terbaik.