23: Khauf dan Raja'

23  Khauf dan Raja'
 
Maksud Khauf dan Raja'
  • Khauf: Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala larangannya.
  • Raja': Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya.
 
Dalil Naqli Khauf
 فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Maksud: Maka janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu memang orang yang beriman. (Surah Al-Imran, ayat 175)
 
Dalil Naqli Raja'
   تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ يُنفِقُونَ
Maksud: Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur dan sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta penuh harapan dan mereka mendermakan sebahagian daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka. (Surah As-Sajadah, ayat 16)
 
Contoh Khauf Dan Raja' Yang Diamalkan Oleh Rasulullah SAW
Contoh 1 Contoh 2

Rasulullah mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk, pada sujud terakhirnya baginda menangis kerana berasa takut Allah menurunkan azab. Rasulullah merintih dengan bersabda: "Wahai Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada aku untuk tidak mengazab mereka, pada ketika aku ada bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah Engkau telah berjanji kepada aku, untuk tidak mengazab mereka, apabila mereka memohon ampun? Sekarang kami sedang memohon ampun kepadaMu". (Sunan Abu Daud: Kitab al-Solah)

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW, pernah menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar. Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu, lelaki itu memberitahu baginda, bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah dan merasa sangat takut, akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang hamba Allah, pada ketika itu melainkan Allah memberikan apa yang diharapkan dan menyelamatkan daripada apa-apa yang ditakutkan". (Riwayat at-Tirmizi)

Konsep Khauf Dan Raja' Yang Seimbang
  • Rasa takut dengan Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan syarak.
  • Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT hendaklah melakukan amal ibadah dan menjauhi perbuatan maksiat.
  • Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng daripada melakukan maksiat.
  • Perasaan raja' akan mendorong seseorang untuk berlumba-lumba melakukan ibadat tanpa putus asa terhadap rahmat Allah SWT.
  • Khauf dan raja' hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah SWT.