17: Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Gerhana

17  Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Gerhana
 
Solat Sunat Dhuha
  • Maksud: Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari.
  • Hukum: Sunat muakkad.
 
Dalil Solat Sunat Dhuha
أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksud: Kekasihku SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku, berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat dhuha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur. (Riwayat Al-Bukhari)
 
Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Dhuha
Niat 

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.
Bilangan Rakaat
2, 4, 6 atau 8 rakaat.
Cara Pelaksanaan
Digalakkan secara bersendirian.
Bacaan dalam Solat
  • Rakaat pertama:
    • Surah Al-Fatihah
    • Surah As-Syams atau surah lain
  • Rakaat kedua:
    • Surah Al-Fatihah
    • Surah Ad-Dhuha atau surah lain 
Menyempurnakan Rukun-rukun yang lain Sehingga Memberi Salam
 
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksud: Ya Allah bahawasanya dhuha itu dhuha-Mu dan kemegahan itu kemegahanMu dan keindahan itu, keindahanMu dan kekuatan itu kekuatanMu Ya Allah. Bila rezekiku di langit maka turunkanlah ia, dan bila di dalam bumi maka keluarkanlah ia, dan apabila haram maka sucikanlah ia, dan apabila susah maka permudahkanlah ia, dan apabila jauh maka dekatkanlah ia, di atas dhuhaMu yang hak, dengan kemegahanMu, serta keindahanMu, dengan kekuatanMu, serta kekuasaanMu, Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sampaikanlah kepadaku apa yang Engkau sampaikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
Solat Sunat Gerhana
  • Maksud: Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu.
  • Hukum: Sunat muakkad.
 
Dalil Solat Sunat Gerhana
  إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَادْعُوا اللَّهَ وَ صَلُّوا حَتَّى تَنْكَشِفَ
Maksud: Sesungguhnya matahari dan bulan ialah tanda kekuasaan Allah, tidak terjadi gerhana matahari dan bulan kerana kematian seseorang ataupun kehidupan. Apabila kamu melihat gerhana, maka berdoalah dan dirikanlah solat hingga gerhana tersebut berlalu. (Riwayat Muslim)
 
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Gerhana
  • Menginsafi kekuasaan Allah SWT terhadap penciptaan alam semesta agar sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan.
  • Memberikan peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakan dan kemungkaran.
  • Memandu manusia mentauhidkan Allah SWT kerana meninggalkan amalan khurafat semasa gerhana.
 
Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Gerhana
Niat 
  • Gerhana bulan (makmum):
    • Lafaz niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ خُسُوْفِ اْلقَمَرِ رَكْعَتـَيْنِ مـأَمُومًـا لِلّهِ تـَعَـالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.

  • Gerhana matahari (makmum):
    • Lafaz niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ كُ سُوْفِ اْلشَّمْسِ رَكْعَتـَيْنِ مـأَمُومًـا لِلّهِ تـَعَـالَى

Maksud: Sahaja aku solat sunat gerhana  matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.

Bilangan Rakaat
2 rakaat.
Waktu
Dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan.
Cara Pelaksanaan
Digalakkan secara berjemaah.
Bacaan dalam Solat
  • Rakaat pertama dan rakaat kedua:
    • Surah Al-Fatihah dan surah lain.
Rukuk Pertama
  • Rakaat pertama:
    • Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat pertama untuk kali kedua.
  • Rakaat kedua:
    • Sebaik-baiknya memanjangkan kadar rukuk seperti kadar panjang bacaan surat pada rakaat kedua.
Qiam
  • Rakaat pertama dan rakaat kedua:
    • Surah Al-Fatihah dan surah lain.
Rukuk Kedua

    • Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat kedua untuk kali kedua.
Menyempurnakan Rukun-Rukun yang lain Sehingga Memberi Salam