14: Sembelihan

14  Sembelihan
 
Maksud Sembelihan
  • Bahasa: Memotong
  • Istilah: Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari'.
 
Hukum Sembelihan
  • Wajib (supaya halal dimakan dagingnya).
 
Dalil Naqli Sembelihan
(٣)  حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّـهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Maksud: Diharamkan kepada kamu (makanan) bangkai, darah (yang keluar mengalir), daging khinzir (termasuk semua anggota tubuhnya), binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. (Surah Al-Maidah, ayat 3)
 
Imej ini menunjukkan diagram yang menerangkan ‘Rukun Sembelihan’. Diagram ini mempunyai empat kotak yang dihubungkan dengan anak panah. Kotak pertama di sebelah kiri bertulis ‘Penyembelih’, kotak kedua di bahagian atas bertulis ‘Binatang sembelihan’, kotak ketiga di sebelah kanan bertulis ‘Alat sembelihan’, dan di tengah-tengah terdapat teks ‘Rukun Sembelihan’. Di sudut kiri atas terdapat logo ‘Pandai’. Di sudut kanan atas terdapat ikon mentol lampu. Di bahagian bawah diagram, terdapat ilustrasi seorang kanak-kanak yang sedang mengangkat kedua-dua tangannya ke atas dengan ibu jari menunjuk ke atas.
 
Syarat Sah Sembelihan
 Penyembelih
  • Beragama Islam atau ahli kitab.
  • Melakukan penyembelihan hanya kerana Allah SWT.
    • Sembelihan yang bukan kerana Allah adalah haram dan tidak sesuai dimakan.
    • Contohnya sembelihan untuk membuat persembahan kepada kubur keramat.
Binatang Sembelihan
  • Masih mempunyai hayat mustaqirrah
    • Jika binatang yang disembelih hampir mati, binatang tersebut tidak halal dimakan.
  • Putus urat halkum dan mari' dengan segera dan sekali sembelihan.
    • Urat halkum ialah saluran pernafasan urat mari’ ialah saluran makanan.
    • Apabila kedua-dua urat tersebut diputuskan dengan segera, binatang tersebut akan mati dengan cepat.
Alat sembelihan
  • Alatan yang boleh melukakan binatang sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang.
 
Perkara Sunat Sembelihan
 Penyembelih
  • Penyembelih menajamkan pisau.
  • Menyembelih pada waktu siang.
  • Menghadap kiblat.
  • Membaca Bismillah.
Binatang Sembelihan
  • Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kiri.
Alat sembelihan
  • Alat sembelihan ialah alatan yang tajam seperti pisau.
 
Perkara Makruh Sembelihan
 Penyembelih
  • Menyembelih di hadapan binatang lain.
  • Menyembelih pada waktu malam.
  • Tidak menghadap kiblat.
  • Tidak membaca Bismillah.
Binatang Sembelihan
  • Menyeksa binatang.
Alat sembelihan
  • Menggunakan pisau yang tumpul.
 
Hikmah Sembelihan dari Sudut Syarak dan Sains
  • Membezakan antara daging halal dengan daging yang haram.
  • Menghindar diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan bakteria yang terdapat dalam binatang telah dikeluarkan.
  • Mempercepat proses kematian binatang yang disembelih.