13: Haji dan Umrah

13  Haji dan Umrah
Maksud Haji dan Umrah
Perkara Haji Umrah
Bahasa
  • Tujuan dan maksud
  • Ziarah
Istilah
  • Mengunjungi baitullah Al-haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
  • Mengunjungi baitullah Al-haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
 
Hukum Haji dan Umrah
  • Wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang mukallaf dan berkemampuan
 
 
Rukun haji dan umrah
Haji Umrah Huraian
1.Niat mengerjakan haji Niat mengerjakan umrah

Lafaz niat mengerjakan haji:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

Lafaz niat mengerjakan umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

 

2. Wukuf di arafah Tiada wukuf di arafah Berada di arafah walaupun seketika bermula dari masuk waktu zuhur 9 zulhijjah hingga sebelum masuk waktu subuh pada 10 zulhijjah
3. Tawaf di kaabah Tawaf di kaabah Mengelilingi kaabah 7 pusingan bermula di penjuru hajarul aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syarat tertentu
4.Sa'ie Sa'ie Berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali bermula di bukit safa dan marwah menurut syarat-syarat tertentu
5. Bergunting atau bercukur rambut Bergunting atau bercukur rambut Bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan sunat bercukur rambut bagi lelaki
6. Tertib pada kebanyakan rukun                Tertib pada semua rukun                                                            Melakukan perbuatan mengikut urutan                                                                                                                                                                                  
 
Perkara wajib haji dan umrah
Haji Umrah Huraian
1. NIat ihram di miqat Niat ihram di miqat Berniat ihram di miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram, haji atau umrah
2. Bermalam di muzdalifah Tiada Berada di muzdalifah selepas tengah malam 10 zulhijjah hingga sebelum terbit fajar 
3. Melontar 7 anak batu di jamrah kubra Tiada Masa untuk melontar bermula selepas tengah malam 10 zulhijjah
4. Bermalam di mina Tiada Berada di mina pada malam-malam hari tasyrik (11 hingga 13 zulhijjah)
5. Melontar 7 anak batu di ketiga-tiga jamrah Tiada Jamrah Sughra, Jamrah Wusto, dan Jamrah Kubra pada hari tasyrik. Masuk waktu melontar adalah selepas azan subuh sehingga terbenam matahari 13 zulhijjah
6. Melontar larangan ihram Melontar larangan ihram
  1. Kecantikan: Menyapu minyak rambut
  2. Wangi-wangian: Berwangi-wangian sama ada pakaian, badan atau menghidunya
  3. Pakaian: Berjahit, menutup kepala, menutup muka, memakai sarung tangan
  4. Alam sekitar: Memburu binatang buruan, memotong tumbuhan
  5. Hubungan seksual: Melakukan perbuatan merangsang syahwat
 
Jenis-jenis miqat
  1. Miqat zamani: Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram haji bermula dari 1 Syawal hingga masuk waktu subuh pada 10 zulhijjah
  2. Miqat makani: Ketentuan tempat atau sempadan tempat untuk berniat ihram
 
Amalan sunat haji dan umrah
Haji Umrah Huraian
1. Mandi sunat ihram Mandi sunat ihram

Dilakukan sebelum memakai pakaian ihram:

نَوَيْتُ غُسْلَ سُنَّةً الِإحرَام لِلهِ تَعَالَى
2. Solat sunat ihram Solat sunat ihram Selepas selesai memakai pakaian ihram dengan sempurna, disunatkan melakukan solat sunat ihram
3. Talbiah Talbiah Memperbanyak talbiah selepas berihram 
4. Mengutip anak batu di muzdalifah Tiada Mengutip 7 anak batu di muzdalifah pada 9 zulhijjah untuk melontar di jamrah kubra pada 10 zulhijjah
5.Solat sunat selepas melakukan tawaf Solat sunat selepas melakukan tawaf

Lafaz solat sunat tawaf:

أصلي سنة الطواف ركعتين لله تعالى
 
Perbandingan haji dengan umrah
Persamaan
Aspek Haji dan Umrah
Rukun
  • Larangan ihram
  • Mempunyai miqat makani
Perkara wajib
  • Tawaf ifadoh
  • Sa'ie
  • Bercukur

Perbezaan

Aspek Haji Umrah
Waktu Pada bulan haji sahaja Pada bila-bila masa
Rukun Wajib wukuf Tiada wukuf
Perkara wajib
  • Melontar 7 anak batu pada ketiga-tiga jamrah
  • Bermalam di muzdalifah
  • Bermalam di mina
  • Melontar 7 anak batu di jamrah kubra
  • Tiada melontar 7 anak batu pada ketiga-tiga jamrah
  • Tiada bermalam di muzdalifah
  • Tiada bermalam di mina
  • Tiada melontar 7 anak batu di jamrah kubra
 
Jenis haji
  1. Ifrad: Mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama
  2. Tamatuk: Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama
  3. Qiran: Berniat mengerjakan haji dan umrah secara serentak
 
Garis masa haji tamatuk
  • 6 zulhijjah: Berihram umrah, melaksanakan umrah
  • 8 zulhijjah: Berniat ihram haji di masjidil haram
  • 9 zulhijjah: Wukuf di arafah
  • 10 zulhijjah: Bermalam di muzdalifah, melontar jamrah kubra, bercukur, tawaf ifadoh, saie
  • 11 zulhijjah: Melontar di ketiga-tiga jamrah, bermalam di mina
  • 12 zulhijjah: Melontar di ketiga-tiga jamrah, bermalam di mina
 
Kaifiat pelaksanaan haji tamatuk
  1. Niat ihram
  2. Wukuf di arafah
  3. Bermalam di muzdalifah
  4. Bermalam di mina dan melontar jamrah
  5. Tawaf
  6. Saie
  7. Bergunting
  8. Tertib
 
Hikmah haji dan umrah
  1. Rohani:
  • Menghapuskan dosa dan meraih ganjaran syurga
  • Menzahirkan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT

       2. Sosial:

  • Saling mengenali umat Islam walupun berbeza bangsa dan negara

       3. Politik:

  • Menzahirkan kekuatan umat Islam

       4. Dakwah:

  • Menyemarakkan perkembangan dakwah Islam ke seluruh alam

       5. Ekonomi:

  • Meningkatkan taraf hidup umat Islam dengan menabung dalam tabung haji
  • Meningkatkan dana umat Islam