8: Hindari Dosa-Dosa Besar

8  Hindari Dosa-Dosa Besar
 
Baca Hadis dengan Betul
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات
(متفق عليه)

MaksudJauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah perkara itu? Baginda bersabda : Syirik kepada Allah dan sihir, dan membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, dan makan riba dan harta anak yatim, dan lari dari medan perang, dan membuat tuduhan zina terhadap wanita beriman yang suci dan terpelihara (dari maksiat).
 
Potongan Hadis Maksud
اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan.
 قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah perkara itu?
قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ Baginda bersabda : Syirik kepada Allah dan sihir,
وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ Dan membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak,
وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ Dan makan riba dan harta anak yatim,
وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ Dan lari dari medan perang,
وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَات Dan lari dari medan perang, dan membuat tuduhan zina terhadap wanita beriman yang suci dan terpelihara (dari maksiat).
 
Syirik kepada Allah SWT
  • Syirik ialah dosa yang paling besar.
  • Dalil: إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
  • Syrik terbahagi kepada dua:
    • Syirik Jali (Nyata)
    • Syirik Khafi (Tersembunyi)
 
Syirik Jali (Nyata)
Maksud
Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'al (perbuatan).
Contoh
  • Menyembah berhala.
  • Meyakini Isa AS sebagai anak Allah.
  • Meyakini alam dikuasai oleh selain Allah.
Kesan
  • Merosakkan akidah.
 
Syirik Khafi (Tersembunyi)
Maksud
Melakukan sesuatu amalan bukan kerana Allah SWT.
Contoh
  • Melakukan solat kerana mengharapkan pujian manusia (ria').
  • Berasa hebat dengan amalan sendiri ('ujub).
  • Sombong dengan kelebihan duniawi yang dilakukan (takabbur).
Kesan
  • Merosakkan pahala amalan.
 
Sihir
Maksud
Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin.
Contoh
  • Santau
  • Pukau
  • Minyak pengasih
  • Pelaris
Kesan
  • Mengakibatkan kesakitan tubuh badan.
  • Mencetuskan pergaduhan.
  • Memporak-perandakan rumah tangga.
  • Menyebabkan kematian.
Dalil

وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ
Maksud: Tetapi golongan syaitan tapi tulah kafir kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir.
(Surah al Baqarah, ayat 102)
 
Membunuh
Maksud
Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang.
Contoh
  • Menembak dengan senjata api.
  • Menikam dengan pisau.
  • Meletakkan racun dalam makanan atau minuman.
Kesan
  • Menyusahkan keluarga mangsa pembunuhan.
  • Memporak-perandakan kehidupan masyarakat.
Dalil

 وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ خَـٰلِدًا فِيهَا وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُۥ وَأَعَدَّ لَهُۥ عَذَابًا عَظِيمًا
Maksud: Dan sesiapa yang membunuh seseorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahanam, dia kekal di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. 
(Surah an-Nisa, ayat 93)

Makan Riba'
Maksud
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang.
Contoh
  • Hutang yang menetapkan faedah bayaran dengan peratusan tertentu.
Kesan
  • Mengakibatkan penindasan.
  • Melumpuhkan ekonomi umat Islam.
Dalil

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَذَرُوا۟ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓا۟ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Maksud: Wahai orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah saki-baki riba yang (masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yang beriman. 
(Surah al-Baqarah, ayat 278)
 
Makan Harta Anak Yatim
Maksud
Menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Contoh
  • Membelanjakan untuk kegunaan peribadi pemegang amanah secara berlebih-lebihan.
  • Menyalahgunakan harta anak yatim.
Kesan
  • Mengakibatkan penindasan.
  • Menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Dalil

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَٰلَ ٱلْيَتَـٰمَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
MaksudSesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim cara zalim sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. 
(Surah an-Nisa, ayat 10)
 
Lari dari Medan Peperangan
Maksud
Meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh.
Contoh
  • Melarikan diri daripada pasukan sedang bertempur menghadapi serangan musuh.
  • Enggan mempertahankan negara apabila diarahkan.
Kesan
  • Keselamatan umat Islam dan negara akan terancam.
  • Negara terdedah kepada penjajahan dan campur tangan asing.
Dalil

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا لَقِيتُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمُ ٱلْأَدْبَارَ
MaksudWahai orang yang beriman apabila kamu bertemu orang kafir yang memerangi kamu maka janganlah kamu berundur. 
(Surah al-Anfal, ayat 15) 
 
Menuduh Perempuan yang Beriman dan Suci Berzina (Qazaf)
Maksud
Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi.
Contoh
  • Percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti "Kamu telah berzina" atau memanggil seseorang wanita "Wahai penzina".
Kesan
  • Menjatuhkan maruah.
  • Mencetuskan perbalahan.
Dalil

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَرْمُونَ ٱلْمُحْصَنَـٰتِ ٱلْغَـٰفِلَـٰتِ ٱلْمُؤْمِنَـٰتِ لُعِنُوا۟ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
MaksudSesungguhnya orang yang menuduh perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan lagi yang beriman, akan dilaknat oleh Allah di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. 
(Surah an-Nur, ayat 15)
 
Pengajaran Hadis
  • Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana boleh merosakkan akidah.
  • Kita hendaklah menghindar diri daripada membunuh kerana melanggar hak asasi manusia.
  • Kita hendaklah mempertahankan keamanan negara supaya Islam dapat ditegakkan.
  • Kita hendaklah bersikap amanah dalam menguruskan harta anak yatim untuk memelihara hak orang lain.
  • Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menuduh orang berzina tanpa bukti itu supaya maruah umat Islam terpelihara.