6: Larangan Mempersendakan Agama

6  Larangan Mempersendakan Agama
 
Baca dengan Betul, Lancar dan Bertajwid

(٧٠) وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ ۗ

(سوره الأنعام , 6: اية 70)

Potongan Ayat Maksud
وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan gurauan
وَلَهْوًۭا وَغَرَّتْهُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۚ رْ Serta mereka telah ditipu oleh kehidupan di dunia.
وَذَكِّرْ بِهِۦٓ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْ Ingatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke dalam neraka) disebabkan apa-apa yang telah diutuskannya.
لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat selain daripada Allah
وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَآ Jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (pasti) tidak akan diterima daripadanya.
أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أُبْسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ ۖ  لَهُمْ Mereka itulah orang yang dihancurkan oleh Allah disebabkan apa-apa yang diusahakan oleh mereka.
(٧٠)  لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْفُرُونَ Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak dan azab yang pedih kerana mereka kufur (ketika hidupnya).
 
Bentuk Perbuatan Mempersendakan Agama
  • Berasa bangga mempersendakan nama Allah SWT.
  • Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah.
  • Menghina golongan ulama' dan orang soleh.
  • Mentafsir Al-Quran mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata.
  • Menyanjung perbuatan maksiat.
  • Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
 
Kesan Mempersendakan Agama
Boleh Membatalkan Iman
Potongan Ayat Maksud

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِٱللَّهِ وَءَايَٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ (٦٥)
لَا تَعْتَذِرُوا۟ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةًۢ بِأَنَّهُمْ كَانُوا۟ مُجْرِمِينَ (٦٦)

Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.” Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat- ayatnya serta Rasulnya kamu perolok-olokkan?”. Janganlah kamu berdalih kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman. Jika Kami maafkan segolongan daripada kamu, maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka ialah orang yang terus bersalah. (Surah at-Taubah, ayat 65-66)
Tidak Dipandang Oleh Allah SWT Di Akhirat
Potongan Ayat Maksud

ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ
 كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ

Orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia maka pada hari (kiamat) ini, Kami lupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka hari ini, Dan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. (Surah al-A'raf, ayat 51)
Tidak Mendapat Kejayaan Di Dunia dan Di Akhirat
Potongan Ayat Maksud

وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُكُمُ ٱلۡكَذِبَ هَٰذَا حَلَٰلٞ وَهَٰذَا حَرَامٞ لِّتَفۡتَرُواْ
 عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ

Dan janganlah kamu berdusta dengan apa-apa yang disifatkan oleh lidah kamu, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-ngadakan sesuatu yang mendustakan Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Surah an-Nahl, ayat 116)
 
Pengajaran Ayat
  • Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama.
  • Kita hendaklah menyedari perbuatan mempersendakan agama akan diazab oleh Allah SWT.
  • Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan agama berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Kita hendaklah menyakini bahawa Allah SWT tidak akan memberikan perlindungan dan syafaat kepada orang yang mempersendakan agama.
  • Kita hendaklah menyedari perbuatan mempersendakan agama diazab oleh Allah SWT dengan seksaan api neraka.
  • Kita hendaklah mempertahankan kesucian Islam dengan pendekatan yang terbaik.