5: Memahami Sunnatullah

5  Memahami Sunnatullah
 
Baca dengan Betul, Lancar dan Bertajwid

قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ (١٣٧)
هَـٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ (١٣٨)
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (١٣٩)

(سورة آل عمران , 3: اية 137 - 139)   

Potongan Ayat Maksud
قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌ Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu sunat-sunat (peraturan dan ketetapan Allah)
فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ Maka mengembaralah kamu di muka bumi
فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ (١٣٧) Kemudian, perhatikanlah bagaimana kesudahan golongan pendusta
هَـٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia
وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ (١٣٨) Dan petunjuk serta pengajaran bagi orang yang (hendak) bertakwa
وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ Dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, 
وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ (١٣٩) Padahal kamulah orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman.
 
Sebab Turun Ayat 139
Ibn 'Abbas RA berkata: Ketika para sahabat Nabi Muhammad SAW mengalami kekalahan dalam Perang Uhud, lalu Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah janganlah engkau biarkan mereka menewaskan kami, Ya Allah tiada daya melainkan  kekuatanmu, Ya Allah tiada lagi yang akan menyembahmu kecuali kumpulan kami ini, maka bantulah kami".
 
Konsep Sunnatullah
Sunnatullah bermaksud sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.
 
Sunnatullah Meliputi Perkara Berikut
 Sunnatullah Bersifat Tetap dan Kekal dengan Izin Allah

  سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى ٱلَّذِينَ خَلَوْا۟ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًا

Maksud: Demikianlah menurut sunnatullah yang berlaku kepada orang yang telah lalu, kamu tidak akan mendapati perubahan pada sunnatullah itu. (Surah Al-Ahzab, ayat 62)

Sunnatullah Merangkumi Semua Makhluk

۩ وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَـٰلُهُم بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْـَٔاصَالِ

Maksud: Dan kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan di bumi, dengan suka rela atau terpaksa, dan juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang. (Surah Ar-Ra’d, ayat 15)

Sunnatullah Berasaskan Konsep Sebab, Musabab dan Akibat

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزْجِى سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُۥ ثُمَّ يَجْعَلُهُۥ رُكَامًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَـٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِنۢ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصْرِفُهُۥ عَن مَّن يَشَآءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِۦ  يَذْهَبُ بِٱلْأَبْصَـٰرِ

Maksud: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian dia mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian dia menjadikan tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya, dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, daripada gumpalan awan besar, lalu dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dia kehendaki, serta menjauhkan daripada sesiapa yang dia kehendaki, sinaran kilat yang terpancar dari awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatannya. (Surah An-Nur, ayat 43)

Kepentingan Mengkaji Sejarah Umat Terdahulu
Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu
Contoh Sebab Kejayaan Akibat

Kaum Nabi Yusuf AS

Menyimpan bekalan semasa musim menuai atas nasihat Nabi Yusuf

Selamat menghadapi kemarau panjang 7 tahun

Talut Dan Tenteranya

Mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan dan tubuh yang kuat

Dapat menewaskan tentera jalut yang ramai

Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu
Contoh Sebab Kemusnahan Akibat

Kaum Lut (Umat Nabi Lut)

Ingkar perintah Allah dan mengamalkan homoseks

Bumi diterbalikkan

Kaum Tsamud (umat Nabi Saleh)

Bersifat angkuh dan menuduh Nabi Saleh pendusta

Dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat

Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia
 
Pengajaran Ayat
  • Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan peraturan dan ketetapan.
  • Kita hendaklah menjadi pengembara di muka bumi supaya dapat mengetahui dan menyelidiki sunnatullah.
  • Kita hendaklah mengkaji dan menyelidiki sejarah umat terdahulu agar menjadi panduan dalam kehidupan.
  • Kita hendaklah menyakini bahawa Al-Quran ialah pentunjuk ke arah kebenaran bagi orang yang beriman dan bertakwa.
  • Kita hendaklah menjauhi sikap lemah dan mudah berputus asa ketika menerima ujian dalam kehidupan.
  • Kita hendaklah menjaga keimanan agar beroleh kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.