Santuni Jiranmu

6.4

  Santuni Jiranmu

Maksud Jiran
Bahasa: Orang yang berada di sekeliling.
Istilah: Orang yang tinggal berdekatan sehingga empat puluh buah rumah dari setiap penjuru.
 
Dalil Naqli Galakan Menghormati Jiran
 (٣٦) وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًۭٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًۭا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ  بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًۭا فَخُورًا
Maksud
: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (Surah An-Nisa', 4: ayat 36)
 
Hak dan Kewajipan terhadap Jiran
Kategori Jiran Hak Kewajipan terhadap Jiran
Muslim dan kerabat

Tiga hak:

  • Muslim
  • Kerabat
  • Jiran

Mendapat ketenagan, keselesaan dan keselamatan seperti memanggil jiran dengan suara yang sesuai.

Muslim yang bukan kerabat

Dua hak:

  • Muslim
  • Jiran

Memberi nasihat, mengajak jiran membuat perkara yang baik dan mencegah perkara yang mungkar.

Bukan Islam

Satu hak:

  • Jiran
  • Mengambil berat terhadap penderitaan yang ditanggung oleh jiran.
  • Tidak mengintai aurat jiran.
  • Menjaga rumah jiran ketika ketiadaannya.
 
Kewajipan Berjiran yang perlu Diamalkan dalam Kehidupan Seharian
  • Bertegur sapa.
  • Menggembirakan jiran dan mengucapkan tahniah apabila mendapat nikmat.
  • Berbuat baik dan tidak menyakiti.
  • Menjaga harta benda jiran dan meminta izin jika ingin menggunakannnya.
  • Saling memberi hadiah.
  • Menghormati antara satu sama lain.
  • Tidak berhasad dengki dengan kelebihan jiran.
  • Berbicara mengikut keperluan.
  • Menjaga maruah diri dan tidak mengumpat antara satu sama lain.
  • Memastikan jiran selesa dan aman.
  • Melahirkan simpati terhadap kesusahan jiran.
 
Hikmah Mengamalkan Adab Berjiran dalam Kehidupan
  • Hidup dalam keadaan aman dan damai kerana masing-masing telah mengamalkan tanggungjawab yang sewajarnya.
  • Maruah diri dan keluarga terjaga kerana tidak ada sifat bersangka buruk antara jiran tetangga.
  • Sentiasa berasa selamat dan selesa hidup berjiran kerana saling menghormati dan menjaga keselamtan.
  • Kemungkaran mudah dicegah dengan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara jiran.
  • Melahrikan masyarakat yang bersatu padu dan hormat-menghormati kerana masing-masing menjaga adab berjiran seperti yang tua dihormati yang muda disayangi.
  • Menikmati keamanan dan keharmonian kerana semua rakyat memahami tanggungjawab masing-masing.