Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Menghormati ibu bapa dan keluarga secara beradab dan istiqamah
Muliakan Ibu Bapa Bahagiakan Keluarga
6.3
Muliakan Ibu Bapa Bahagiakan Keluarga
Hukum Berbuat Baik kepada Ibu Bapa
Allah SWT mewajibkan umat Islam berbuat baik kepada ibu bapa.
Dalil Naqli Kewajipan Beradab kepada Ibu Bapa
(٣٦) وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًۭٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًۭا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَـٰمَىٰ وَٱلْمَسَـٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًۭا فَخُورًا
Maksud
:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (Surah An-Nisa', ayat 36)
Cara Beradab kepada Ibu Bapa dan Keluarga
Aspek
Cara Beradab
Hati
Setiap anak wajib berkasih sayang terhadap ibu bapa.
Contohnya sentiasa menjaga hati dan perasaan serta tidak membenci mereka.
Prihatin dan mengambil berat dengan selalu bertanya khabar serta menghulurkan bantuan yang diperlukan.
Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memupuk kasih sayang dan membina keluarga bahagia.
Contohnya selalu ceria dan menunjukan muka manis di hadapan mereka.
Percakapan
Bersopan santun. Bercakap dengan nada suara intonasi yang lemah lembut.
Contohnya tidak meninggikan suara dan marah.
Tidak menyanggah percakapan ibu bapa. Mendengar dengan penuh perhatian, jika tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan diam sahaja.
Menggunakan suara yang lembut bagi menyenangkan hati dan menjaga perasaan mereka.
Tingkah laku
Selalu menziarahi ibu bapa dan keluarga jika tinggal berasingan. Dengan mengunjungn mereka, dapat menghilangkan perasaan rindu terhadap anak dan cucu.
Menjaga hubungan baik dengan kawan ibu bapa dapat mengeratkan silaturrahim dalam masyarakat.
Merawat dan menjaga ibu bapa yang sakit dan tua.
Contohnya membawa mereka ke hospital untuk mendapat rawatan yang sepatutnya.
Memberikan nafkah atau perbelanjaan kepada ibu bapa.
Kepentingan Beradan kepada Ibu Bapa dan Keluarga
Umat Islam dapat:
Melaksanakan perintah Allah SWT dan rasul yang menghendaki setiap orang Islam beradab dengan ibu bapa dan keluarga.
Membina keyakinan diri. Keluarga yang bahagia dan saling berkasih sayang dapat membentuk individu yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Menjadi contoh teladan kerana setiap orang yang beradab denga ibu bapa akan diikiuti oleh orang lain.
Membina keluarga bahagia kerana saling membantu.
Punca Penderhakaan kepada Ibu Bapa
Kurang penghayatan agama dalam kehidupan. Anak tidak dapat menilai antara baik dengan buruk dari sudut agama.
Kurang menhayati pengajaran agama di sekolah. Tidak mengamalkan apa-apa yang diajari malah hanya belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja.
Terpengaruh dengan perlakuan rakan yang negatif. Rakan yang melakukan perkara yang tidak baik akan mempengaruhi kita supaya melakukan perkara yang buruk. Contohnya tidak menghormati dan tidak mendengar nasihat ibu bapa semata-mata hendak menjaga hati kawan.
Akibat tidak Beradab kepada Ibu Bapa dan Keluarga
Aspek
Akibat
Individu
Mendapat kemurkaan Allah SWT .
Disisih dan dipinggirkan ibu bapa dan keluarga.
Berdosa besar dan jika tidak bertaubat boleh membawa ke neraka.
Masyarakat
Tidak dihormati oleh masyarakat kerana dianggap tidak berakhlak.
Anggota keluarga berpecah belah dan susah untuk mendapat pertolongan.
Susah untuk mendapat kawan yang baik kerana orang yang baik tidak akan berkawan dengan kita. Mereka menjauhi diri keran tidak mahu terpengaruh dengan orang yang tidak berakhlak.
Negara
Tidak maju kerana institusi kekeluargaan runtuh.
Tidak aman dan makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.
Berlaku pelbagai gejala sosial yang menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakn bayank wang, tenaga dan masa untuk pemulihan akhlak.

Chapter : Akhlak Islamiyah
Topic : Menghormati ibu bapa dan keluarga secara beradab dan istiqamah
Form 2
Pendidikan Islam
View all notes for Pendidikan Islam Form 2
Related notes
Malu Perisai Iman
Menyemai Kasih Menuai Sayang
Santuni Jiranmu
Masjid Destinasiku
Allah S.W.T Pengurnia Hidayah
Hanya Allah S.W.T yang Maha Esa
Luasnya kuasa Allah S.W.T
Mudahnya Tajwid
Manisnya Persaudaraan
Mengharap Keampunan Allah S.W.T
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account