Mengharap Keampunan Allah S.W.T

1.6 Mengharap Keampunan Allah SWT
 
Surah Al-Imran ayat 133-136
وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ (١٣٣)
الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ(١٣٤)
وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللّٰهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ (١٣٥)
اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا ۗ وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ (١٣٦)
 
Potongan Ayat Maksud
وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ Dan segeralah kamu kepada (menjaga amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhanmu.
وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ Dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.
الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah.
وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ Dan orang yang menahan kemarahannya.
وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ Dan orang yang memaafkan kesilapan orang lain.
وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.
وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji.
اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ Atau menzalimi diri sendiri.
ذَكَرُوا اللّٰهَ Mereka (segera) ingat kepada Allah.
فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ Lalu memohon ampun akan dosa mereka.
وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.
وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah dilakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan kesalahan dan akibatnya).
اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka.
وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا Dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal di dalamnya.
وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal.
 
Tuntutan Segera Bertaubat
  • Taubat bermaksud kembali mentaati Allah SWT setelah melakukan maksiat atau dosa.
  • Seorang yang melakukan dosa dituntut untuk segera bertaubat.
  • Amalan ini merupakan ciri orang yang bertakwa.
  • Allah SWT telah menyediakan syurga untuk orang yang bertakwa.
 
Ciri-Ciri Orang yang Bertaubat
Memohon Keampunan
  • Apabila melakukan dosa terhadap Allah SWT atau manusia, saya segera memohon keampunan dan kemaafan serta memulangkan haknya.
  • Saya juga tidak akan mengulangi dosa saya lagi.
Menafkahkan Harta
  • Saya istiqamah menyumbangkan harta sama ada pada waktu senang atau susah.
  • Saya tetap mendermakannya walaupun hanya sedidkit.
  • Tiada alasan yang menghalang saya untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT.
Menahan Kemarahan
  • Saya memilih untuk menahan emosi marah sedangkan saya boleh melepaskan kemarahan tersebut.
  • Saya yakin bahawa kekuatan emosi ini didorong sifat takwa kepada Allah SWT.
Memaafakan
  • Saya memaafkan kesalahan orang lain walaupun mampu untuk membalasnya.
  • Memaafkan kesalahan orang lain lebih tinggi kedudukannya berbanding menahan kemarahan.
  • Sifat ini menjadikan saya lebih tenang agar tiada lagi raa benci dan dendam dalam hati.
 
Syarat Taubat
  • Ingat kepada Allah SWT dengan rasa menyesal atas dosa yang dilakukan.
  • Beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.
  • Berhenti daripada melakukan dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
  • Jika dosa berkait dengan orang lain, maka hendaklah meminta maaf daripadanya, memulangkan hak atau hartanya dan meminta supaya dihalalkan.
 
Pengajaran Ayat
  • Segera bertaubat serta melakukan amal soleh agar menjadi orang yang bertakwa dan mendapat ganjaran syurga.
  • Membelanjakan harta ke jalan Allah SWT seperti bersedekah sama ada ketika dalam keadaan senang mahupun susah.
  • Menahan kemarahan agar pergaduhan dapat dielakkan.
  • Memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita agar hidup lebih harmoni.
  • Sentiasa memohon kemaafan Allah SWT dengan berzikir dan beristighfar serta berazam tidak melakukan dosa lagi.
 
Doa Nabi Adam A.S
(٢٣) قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ
Maksud: Mereka berdua merayu "Wahai Tuhan kami, kami menganiayai diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampuni kami dan memberikan rahmat kepada kami, nescaya jadikanlah kami daripada orang yang rugi". (Surah Al-A'raf, ayat 23)