Keseimbangan Terma

4.1

 Keseimbangan Terma

 
 
  • Apabila dua objek bersentuhan, haba akan dipindahkan
  • Haba bersih berpindah dari objek panas ke objek sejuk
  • Suhu objek sejuk bertambah, suhu objek panas berkurang
  • Apabila suhu objek sama, keseimbangan terma dicapai
 
Syarat keseimbangan terma
  • Suhu objek sama
  • Kadar pengaliran haba sama
  • Kadar pengaliran haba bersih sifar
 
Termometer merkuri

Kebaikan menggunakan merkuri:

  • Takat didih tinggi
  • Takat lebur rendah
  • Konduktor haba yang baik
  • Mengembang dan mengecut seragam
  • Legap (mudah nampak)
  • Daya lekitan tinggi (tidak lekat dinding)
 

Cara tingkatkan kepekaan termometer merkuri:

  • Kurangkan ketebalan bebuli kaca
    • Pemindahan haba antara merkuri dengan persekitaran cepat.
  • Kurangkan saiz bebuli kaca
    • Menyerap haba dari persekitaran dengan kadar tinggi
  • Guna tiub kapilari berdiameter kecil
    • Turus meningkat lebih tinggi apabila diameter tiub bertambah
  • Kurangkan ketebalan tiub kaca
    • Pemindahan haba antara merkuri dan persekitaran cepat
 

Penentu ukuran termometer (calibration)

  1. Menentukur suatu termometer bermakna meletakkan tanda yang betul dan tepat pada termometer supaya suhu dapat dididuksikan daripada tanda ini.
  2. Untuk mencapai tujuan ini, dua titik pada suhu tertentu ditandakan pada termometer.
  3. Bagi skala Celcius, dua titik yang dipilih ialah takat stim dan takat ais bagi air tulen.
  4. Takat stim air tulen dianggap sebagai \(100\;^0\text{C}\) manakala takat ais dianggap sebagai \(0\;^0\text{C}\).
 
  Formula kira suhu termometer yang tidak ditentu ukur  
  \(\theta=\dfrac{l_\theta-l_0}{l_{100}-l_0}\times100\;^0\text{C}\)

 dimana \(\theta\) = suhu, \(l_0\) = panjang turus semasa \(0\;^0\text{C}\)\(l_{100}\) = panjang turus semasa \(100\;^0\text{C}\)