Sukatan Kecenderungan Memusat

 
12.1  Sukatan Kecenderungan Memusat
 
  Definisi  
     
 

Satu sukatan yang dapat menunjukkan kedudukan sesuatu kumpulan data dan memperihalkan maklumat keseluruhan data itu dengan satu nilai sahaja.

 
 
Jenis Sukatan Kecenderungan Memusat  
         
(i)   Mod  
         
(ii)   Median  
         
(iii)   Min  
         
Mod, min dan median bagi suatu set data tak terkumpul:  
         
Mod  
   
Definisi
 

Mod bagi suatu set data ialah nilai yang paling tinggi kekerapannya.

 
   
  • Kadang-kadang terdapat dua mod dalam satu set data apabila kekerapan tertingginya sama.
  • Apabila nilai kekerapan satu set data adalah sama, maka set data itu dikatakan sebagai tiada mod.
 
         
Median  
         
  Definisi  
     
 
  • Median bagi set data dengan bilangan data yang ganjil ialah nilai yang berada di tengah-tengah.
  • Median bagi set data dengan bilangan data yang genap ialah nilai purata bagi dua nombor di tengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib menaik atau menurun .
 
 
   
 
   
Rumus  
   
Bagi data genap:  
   

Purata data pada kedudukan ke-

\(\bigg[\bigg(\dfrac{n}{2}\bigg)\text{ dan }\bigg(\dfrac{n}{2} + 1\bigg)\bigg]\)

 
   
Bagi data ganjil:  
   
Data pada kedudukan ke-\(\bigg(\dfrac{n +1}{2} \bigg)\)  
   
Min  
   
Definisi
 

Min bagi suatu set data ialah nilai yang diperoleh apabila jumlah nilai data dibahagikan dengan bilangan data.

 
   
Rumus  
   
\(\text{Min}= \dfrac{\text{Jumlah nilai data}}{\text{Bilangan data}}\)  
   
Min bagi data dalam jadual kekerapan:  
   
\(\text{Min}= \dfrac{\text{Hasil tambah (data}\times\text{kekerapan)}}{\text{Jumlah kekerapan}}\)  
   
Nilai Ekstrem  
   
Definisi
 
  • Nilai yang terlalu kecil atau terlalu besar dalam suatu set data.
  • Ia bermaksud nilainya terlalu jauh daripada nilai data-data yang lain dalam setnya.
 
   
Kesan perubahan suatu set data terhadap nilai mod, min dan median:  
   
  • Perubahan data secara seragam akan menyebabkan perubahan min, median, dan mod secara seragam. 
  • Namun, apabila data itu diubah secara tidak seragam, maka nilai min, median dan mod juga akan berubah secara tidak seragam.
 
   
Mengorganisasikan data bagi jadual kekerapan data terkumpul:  
   
  • Untuk memastikan data diklasifikasikan mengikut selang kelas yang seragam.
  • Untuk mengelakkan data daripada bertindih.
  • Untuk kelaskan data mengikut kumpulan yang sesuai dan membantu membuat kesimpulan. 
 
   
Contoh  
   

 
   
Kelas mod dan min bagi suatu set data terkumpul:  
   
Min bagi suatu set data terkumpul:  
   

\(\text{Min}= \\\\ \dfrac{ \text{Hasil tambah (kekerapan}\times\text{titik tengah)}}{\text{Jumlah kekerapan}}\)

 
   
Pemilihan sukatan kecenderungan memusat yang paling sesuai:  
   
Min
   
  • Dipilih mewakili data apabila melibatkan keseluruhan data sekiranya tidak wujud nilai ekstrem.
   
Median
   
  • Dipilih mewakili data apabila wujud nilai ekstrem.
  • Tidak dipengaruhi oleh nilai ekstrem.
   
Mod
   
  • Dipilih mewakili data apabila menentukan item dengan kekerapan paling tinggi.
  • Melibatkan data kategori.