Diwujudkan atas dasar ingin membantu sesama negara dalam bidang ekonomi.
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
- Kerjasama ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1967
- Dianggotai oleh 10 buah negara Asia Tenggara, iaitu Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Filipina, Kemboja, Brunei Darussalam dan Laos
- Menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara negara anggota seperti pendidikan, pelancongan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Singapura
- Kerjasama segi tiga pertumbuhan IMS-GT yang ditubuhkan pada tahun 1992
- Meliputi kawasan Kalimantan Barat, Wilayah Riau, Sumatera Selatan, Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura
- Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pelaburan, perdagangan, perindustrian, pertanian, perikanan dan pelancongan
Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand
- Kerjasama segi tiga pertumbuhan IMT-GT yang ditubuhkan pada tahun 1994
- Dianggotai oleh 10 buah wilayah di Sumatera, lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang) dan 14 buah wilayah di selatan Thailand
- Bidang fokus utama ialah pertanian dan industri asas tani, pelancongan, produk halal dan perkhidmatan
Kesatuan Eropah atau European Union (EU)
- Komuniti Ekonomi Eropah atau kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah yang ditubuhkan pada tahun 1958
- Dianggotai 28 buah negara, iaitu Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands (Belanda), Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom
- Perniagaan dan perdagangan bebas antara negara EU tanpa had kuantiti import dan eksport
Pertubuhan Ekonomi Negara-negara Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC)
- Kerjasama ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1989
- Keanggotaan melibatkan China, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun, Rusia, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Peru, Singapura, Australia, Hong Kong, Thailand, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Chile, Taipei, Brunei Darussalam dan Papua New Guinea
- Menggalakkan perdagangan bebas dan pelaburan dalam kalangan negara anggota
|
Mendapatkan bekalan buruh asing
- Mempermudah kemasukan tenga buruh asing dari sesebuah negara ke negara lain untuk menampung keperluan tenaga buruh dalam pelbagai sektor seperti sektor pertanian, perladangan, perkilangan, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan
- Tenaga buruh profesional seperti pengurus, jurutera dan doktor perubatan kebanyakannya berasal dari negara maju
- Tenaga buruh yang kurang mahir kebanyakannya berasal dari negara membangun
Menggalakkan pemindahan teknologi
- Menggalakkan pemindahan teknologi terutamanya antara negara maju dengan negara membangun melalui beberapa cara, iaitu:
- Pembelian terus barangan modal – Melalui pembelian mesin, jentera serta peralatan lain dari luar negara
- Pembelian ekuiti – Syarikat asing memiliki ekuiti atau saham dalam syarikat tempatan dan melatih pekerja-pekerja tempatan dalam syarikat tersebut
- Perjanjian pelesenan – Syarikat tempatan menjadi pengedar produk keluaran syarikat asing
- Peraturan paten dan cap dagang – Syarikat tempatan mengeluarkan produk keluaran syarikat asing dengan menggunakan jenama yang sama
- Aliran sumber manusia – Pekerja atau pakar asing dibawa masuk ke dalam negara dan memberikan latihan sambil bekerja untuk pekerja tempatan
Meningkatkan pelaburan
- Menggalakkan pelaburan dalam negara untuk dijadikan modal bagi memulakan sesuatu kegiatan ekonomi
- Terdapat dua jenis pelaburan, iaitu pelaburan ekuiti dan pelaburan langsung asing atau Foreign Direct Investment (FDI)
- FDI melibatkan pembukaan operasi syarikat asing seperti syarikat kereta, telekomunikasi serta barangan elektrik dan elektronik di Malaysia Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, China dan Singapura melabur di Malaysia dalam sektor elektrik dan elektronik, industri besi dan keluli, industri minyak dan gas serta sektor perkhidmatan
Memperoleh bahan mentah
- Membolehkan sesebuah negara memperoleh bekalan bahan mentah dari rakan dagang untuk kegunaan domestik dan industri melalui import
- China mengimport petroleum mentah dari beberapa buah negara seperti Arab Saudi, Oman, Iraq dan Rusia
- Mexico dan Kanada merupakan antara negara utama yang mengimport gas asli dari Amerika Syarikat
Membentuk hubungan perdagangan
- Membuka peluang antara negara untuk menjalinkan hubungan perdagangan serta mendapat keistimewaan seperti pengecualian cukai, pengurangan tarif kuota dan embargo
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau Ministry of International Trade and Industry (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia atau Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) adalah agensi yang menguruskan perdagangan di Malaysia
Meluaskan pasaran
- Membolehkan negara-negara yang bekerjasama untuk meluaskan pasaran eksport barangan keluaran negara masing-masing
- Brazil mengeksport kayu balak ke beberapa buah negara seperti India, China, Vietnam dan Singapura
- Rusia mengeksport arang batu ke negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Turki
|