Faktor manusia
Dasar kerajaan
Dasar Pertanian Negara yang berperanan memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Pelan induk perindustrian yang berperanan merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir
Selain itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga diwujudkan bagi menjalankan penanaman semula getah untuk pekebun kecil manakala Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memainkan peranan untuk membuka kawasan pertanian baharu
Infrastruktur
Kewujudan jaringan pengangkutan yang baik memudahkan proses pengangkutan bahan mentah dari sumbernya ke kilang dan barangan siap ke pasaran
Pengangkutan yang cekap dalam sektor pertanian amat perlu bagi mengangkut barangan pertanian yang cepat rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk terus ke pasaran
Sistem pengangkutan dalam negara yang efisien juga diperlukan dalam sektor pelancongan, terutamanya untuk keselesaan pelancong luar negara datang melancong ke Malaysia
Kemajuan telekomunikasi negara juga telah membantu kepesatan pembangunan ekonomi melalui penggunaan Internet, telekonferens dan kemajuan ICT yang dapat mempercepatkan perhubungan antarabangsa
Teknologi
Kegiatan ekonomi di Malaysia bertambah maju dengan adanya penggunaan teknologi yang canggih dan moden
Penggunaan teknologi yang canggih dan moden dapat:
- Mempercepatkan kerja
- Meningkatkan kualiti produk
- Mengurangkan pencemaran
- Menjimatkan kos
- Meningkatkan jumlah keluaran
- Meningkatkan keselamatan
Modal
Kemajuan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada jumlah modal sedia ada
Terdapat dua jenis modal di Malaysia, iaitu modal domestik dan pelaburan langsung asing
Bagi menggerakkan kegiatan ekonomi negara, agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan modal domestik adalah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Pelaburan langsung asing pula diperoleh melalui kemasukan pelabur asing ke Malaysia dan melaburkan modal untuk membuka kilang, perniagaan dan ladang
Pasaran
Pasaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
- Pasaran tempatan
- Pasaran antarabangsa
Kuasa beli pengguna yang tinggi membolehkan produk dapat dipasarkan dengan lebih banyak Lokasi pasaran tempatan meliputi kompleks beli-belah, pasar borong, kedai runcit dan gerai
Buruh
Tenaga buruh merujuk mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun sama ada bekerja atau menganggur
Sehingga Mei tahun 2017, terdapat kira-kira 14.96 juta guna tenaga buruh tempatan di Malaysia
Malaysia juga menerima tenaga buruh asing dari negara luar bagi menampung kekurangan buruh dalam pelbagai sektor seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Vietnam dan China
|