Hidupan Liar di Malaysia

05 Hidupan Liar di Malaysia
 
DEFINISI
Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau tidak
 
Berikut merupakan beberapa contoh hidupan liar yang terdapat di Malaysia:
 
Hidupan Liar di Malaysia Keterangan
Tapir

Populasi: Kira-kira 1 100 hingga 1 500 ekor

Habitat: Hutan tropika

Lokasi: Tersebar secara meluas dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah di Semenanjung Malaysia

Cara pemakanan: Herbivor

Harimau Malaya

Populasi: Kira-kira 250 hingga 340 ekor

Habitat: Hutan pamah, hutan paya gambut, hutan gunung dan belukar kecil

Lokasi: Tersebar dari hutan paya hingga hutan pergunungan rendah

Cara pemakanan: Karnivor

Beruang matahari (beruang madu)

Populasi: Tiada data ditemui

Habitat: Hutan tropika

Lokasi: Kawasan hutan sehingga ketinggian kurang daripada 2 700 m dari aras laut

Cara pemakanan: Omnivor

Penyu

Populasi: Tiada data ditemui

Habitat: Pantai terbuka, pantai berpasir dan pulau-pulau

Lokasi: Perairan Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak

Cara pemakanan: Omnivor

Dugong

Populasi: Kira-kira 100 ekor

Habitat: Padang rumput laut

Lokasi: Perairan Johor, Sabah dan Sarawak

Cara pemakanan: Herbivor

Enggang

Populasi: Tiada data ditemui

Habitat: Hutan tropika dan subtropika

Lokasi: Tersebar secara meluas di hutan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Cara pemakanan: Omnivor

Badak Sumatera

Populasi: Kira-kira 30 ekor (Sabah)

Habitat: Tanah rendah berbukit dan lembah

Lokasi: Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negeri Royal Belum dan beberapa kawasan hutan simpan

Cara pemakanan: Herbivor

Monyet Belanda (Proboscis)

Populasi: Kira-kira 5 000 ekor

Habitat: Hutan dipterokarpa, hutan paya bakau dan hutan tanah rendah yang berdekatan dengan air dan sungai

Lokasi: Kawasan tepi Sungai Kinabatangan, Sungai Klias, Sungai Sugut dan Kuching Wetlands National Park

Cara pemakanan: Omnivor

Orang utan

Populasi: Kira-kira 12 300 ekor

Habitat: Hutan tanah rendah, hutan tropika, hutan paya dan hutan gunung

Lokasi: Lanjak Entimau Wildlife Sanctuary, Taman Negara Batang Ai dan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Cara pemakanan: Omnivor

Gajah Pygmy

Populasi: Kurang daripada 1 500 ekor

Habitat: Tanah rendah dan lembah

Lokasi: Hutan di Kinabatangan, Tabin dan tengah Sabah

Cara pemakanan: Herbivor

Kepentingan Hidupan Liar di Malaysia
 
Kepentingan Keterangan
Keseimbangan ekosistem

Keseimbangan ekosistem amat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara langsung atau tidak langsung.

Hidupan liar ialah sebahagian daripada komponen siratan makanan dan jika terdapat gangguan mana-mana organisma dalam aras trofik akan mengubah aliran tenaga yang seterusnya akan menjejaskan keseimbangan ekosistem.

Ekopelancongan

Ekopelancongan ialah pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi yang memberi peluang kepada pelancong untuk melihat dan berinteraksi dengan hidupan liar, dapat mendidik masyarakat tentang pentingnya usaha pemuliharaan hidupan liar, dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti pemandu pelancong, jurulatih skuba dan pengendali hidupan liar.

Pendidikan

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui penubuhan pusat pemuliharaan dan pembiakbakaan spesies yang terancam, menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran berkenaan hidupan liar dan dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan hidupan liar melalui projek penyelidikan.

Menyediakan peluang kerjaya dalam bidang profesional seperti veterinar, pensyarah, penyelidik dan ahli forensik.

Melestarikan alam sekitar melalui program kitar semula dan menggalakkan inovasi dalam kalangan murid untuk menghasilkan teknologi yang lebih mesra alam agar dapat memulihara dan memelihara alam sekitar.

Kegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia
 
Kegiatan manusia Kesan
Pembalakan Kemusnahan habitat flora dan fauna, permukaan tanah terdedah kepada agen-agen hakisan, kurangnya proses sejat peluhan, peningkatan kandungan karbon dioksida di atmosfera yang turut meningkatkan suhu bumi, tanah menjadi tandus, hidupan liar diancam kepupusan, kejadian banjir di kawasan tanah rendah dan pencemaran sumber air.
Pengkuarian Kemusnahan habitat hidupan liar, bunyi bising di kawasan kuari dan sekitar mengganggu ketenteraman hidupan liar, pencemaran udara melalui habuk dan debu kering yang terampai di udara, pencemaran air melalui air larian permukaan yang membawa debu dan kotoran ke sungai, berlaku banjir di kawasan yang rendah, hidupan liar terpaksa mencari habitat baharu yang lebih selamat.
Pembinaan empangan Kemusnahan hutan yang besar, habitat hidupan liar musnah, keseimbangan ekosistem dan rantai makanan terjejas.
Pertanian

Penerokaan kawasan hutan untuk membuka kawasan pertanian mengakibatkan landskap asal berubah, rantai makanan dalam ekosistem terganggu, kemusnahan habitat hidupan liar, kualiti tanih merosot hidupan air terjejas apabila racun serangga dan bahan kimia dibawa oleh air larian permukaan ke sungai.

Pengangkutan dan perhubungan Pembinaan jaringan pengangkutan, terutamanya di kawasan tanah tinggi menyebabkan penebangan hutan yang luas, habitat hidupan liar terganggu, hidupan liar bertindak mencari habitat yang baharu ,terdapat hidupan liar yang mati akibat dilanggar oleh kenderaan semasa melintas jalan.
 
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia
 
DEFINISI

Pemeliharaan: Usaha mengekalkan keadaan asal sumber alam semula jadi daripada musnah

Pemuliharaan: Usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang

  • Undang-undang
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pindaan 1985

Mewartakan kawasan yang kaya dengan sumber sebagai kawasan pemeliharaan seperti taman negara dan taman laut

Hukuman denda dan penjara kepada pesalah yang merosakkan dan mencemarkan sumber alam

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memantau perkara yang berkaitan dengan air dan kualiti udara, sisa industri, paras kebisingan dan penilaian impak alam sekitar

Akta Perhutanan Negara 1984

Peruntukan mengenai pentadbiran, pengurusan, pemuliharaan hutan dan pembangunan hutan di Malaysia

Mewujudkan hutan simpan kekal

Larangan mengambil hasil hutan daripada kawasan hutan simpan kekal

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Mengeluarkan lesen untuk permohonan memburu haiwan

Pengisytiharan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar

  • Kempen Kesedaran
Kempen Save The Day

Kempen kelolaan WWF

Menyelamatkan penyu dan harimau di Malaysia

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepupusan haiwan-haiwan tersebut

Kempen We Hug Tapir 2018

Kempen bersempena sambutan Hari Tapir Sedunia disambut pada 27 April setiap tahun

Meningkatkan kesedaran bahawa tapir merupakan spesies yang hampir pupus

Menjelaskan jenis spesies tapir, habitat tapir dan mendidik generasi muda akan kepentingan menjaga dan memelihara tapir

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik

Beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada hari tertentu

Terdapat beberapa negeri seperti Selangor dan Melaka yang mempraktikkan hari tanpa beg plastik tujuh hari seminggu

Mendidik masyarakat supaya menggunakan beg mesra alam seperti beg biodegradasi

Hari Tenggiling Sedunia

Disambut pada hari Sabtu ketiga bulan Februari setiap tahun

Meningkatkan kesedaran manusia tentang pemuliharaan hidupan liar tersebut

Menghentikan kegiatan perdagangan haram tenggiling

  • Pusat Konservasi dan Taman Negara

Pusat konservasi dan taman negara adalah antara usaha yang dilakukan untuk melestarikan alam sekitar.

Pusat konservasi ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, rekreasi dan ekologi.

Taman negara pula merupakan habitat bagi kebanyakan spesies hidupan liar di Malaysia.

  • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Tujuan penyelidikan dan pembangunan tentang hidupan liar:

  1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar
  2. Mengekalkan hidupan liar dan habitatnya supaya khazanah alam kita terpelihara
 
Penyelidikan Keterangan
Kajian tentang habitat Harimau Malaya oleh PERHILITAN Mengenal pasti habitat sesuatu hidupan liar
Diagnosis dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Universiti Malaysia Sabah terhadap buaya yang sakit di Tuaran Crocodile Farm (Sabah) Mengenal pasti jenis penyakit yang dihidapi oleh spesies hidupan liar
Kajian tentang makanan untuk beruang matahari oleh Bornean Sun Bear Conservation Centre Mengetahui makanan yang sesuai dengan hidupan liar
Kolaboratif PERHILITAN dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenaan spesies terancam Menjalin kerjasama penyelidikan antara agensi kerajaan dengan universiti tempatan
Projek pembiakan dalam kurungan untuk meningkatkan populasi seladang di Jenderak Selatan (Pahang) Kaedah pembiakan untuk mengekalkan spesies hidupan liar
Kajian tentang perilaku tapir oleh Malay Tapir Conservation Centre (MTCC) di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun (Selangor) Mengkaji kemandirian dan sifat hidupan liar
 
  • Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
DEFINISI
Penilaian Impak Alam Sekitar atau Environment Impact Assessment (EIA) ialah kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberitahu maklumat tentang kesan alam sekitar akibat daripada suatu projek pembangunan yang dicadangkan dan memperincikan langkah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sekiranya projek tersebut diluluskan dan diimplementasikan
 
Elemen-elemen EIA:
 
Objektif EIA Meramal dan menjangkakan kesan projek pembangunan ke atas alam sekitar, meneliti dan memilih alternatif projek yang terbaik, mengenal pasti dan memberi langkah kawalan sesuatu projek pembangunan, meramal impak ke atas alam sekitar dan mengenal pasti kos terhadap alam sekitar dan faedah projek kepada masyarakat
Perundangan dalam EIA

Seksyen 34A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127)-Pindaan 1985

Denda tidak melebihi RM100 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika gagal mematuhi peraturan

EIA mula dikuatkuasakan di Malaysia pada 1 April 1998

Contoh aktiviti yang memerlukan EIA

Pembalakan dan pertanian yang melebihi keluasan 500 hektar

Pembinaan empangan hidroelektrik yang melebihi keluasan 400 hektar

Pembinaan resort atau hotel di tepi pantai yang melebihi 80 bilik

Pembinaan infrastruktur seperti pembinaan hospital, lebuh raya, lapangan terbang, landasan kereta api dan bandar baharu

  • Pendidikan Alam Sekitar
Pendidikan alam sekitar ialah proses pembelajaran yang melibatkan penyelesaian masalah dan keupayaan murid untuk membuat keputusan yang tepat demi masa depan, khasnya untuk generasi akan datang terhadap keperluan dan pemeliharaan alam sekitar.
 
  • Perwartaan Hutan Simpan

Hutan simpan merupakan kawasan hutan yang diwartakan untuk tujuan perhutanan dan ditadbir oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Pokok di kawasan hutan ini tidak boleh ditebang kerana dilindungi oleh undang-undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

Contoh hutan simpan:

  1. Hutan Simpan Kekal UKM (Selangor)
  2. Hutan Simpan Sungai Menyala (Negeri Sembilan)
  3. Hutan Simpan Bukit Nanas (Kuala Lumpur)