|
|
|
|
|
Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai:
- Bahan organik
- Bahan bukan organik.
|
|
Bahan Organik |
Bahan Bukan Organik |
- Sisa makanan
- Sisa kebun
- Kertas
|
- Tin
- Plastik
- Besi buruk
- Kaca
|
|
|
Sisa-sisa Bahan Domestik Di Malaysia |
|
|
Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil dari kawasan perumahan
Sisa domestik ini terdiri daripada:
- Sisa pepejal
- Sisa cecair.
|
|
Sisa Pepejal |
Sisa Cecair |
- Sisa makanan
- Plastik
- Kertas
- Logam
- Perabot
- Lampin pakai buang
|
|
|
|
Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik Di Malaysia |
|
|
Alam sekitar akan mengalami:
- Kemusnahan secara berperingkat
- Seterusnya memberi kesan secara langsung kepada hidupan lain
Kesan-kesan ini termasuklah berlakunya :
- Pencemaran
- Penularan wabak penyakit
- Kejadian banjir kilat
- Kesan kepada sosioekonomi
|
|
Pencemaran
Pencemaran air
- Sumber air terutamanya sungai akan tercemar apabila sampah sarap dibuang ke kawasan sumber air
Pencemaran udara
- Udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan sampah
Pencemaran bau
- Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau
|
|
|
Wabak penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan lalat
Sebagai contoh:
- Penyakit taun
- Demam denggi
- Malaria
- Zika
- Rotavirus.
|
|
|
Peningkatan kos penyelenggaran
Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT)
Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan:
- Kos penyelenggaraan tapak pelupusan
- Baik pulih kemusnahan
- Perawatan air tercemar
- Gaji pekerja pembersihan.
|
|
|
Banjir kilat
Membuang sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat.
Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.
|
|
|
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik |
|
|
Antara langkah - langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
- Amalan 3R
- Penggunaan Teknologi Terkini
- Penguatkuasaan Undang-undang
- Pendidikan
- Kempen
|
|
Amalan 3R
Penerapan amalan 3R dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik iaitu:
Kurangkan (Reduce)
- Mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistirena.
Guna semula (Reuse)
- Menggunakan semula bekas minuman, surat khabar, majalah atau mendermakan bukubuku dan pakaian.
Kitar semula (Recycle)
- Menghasilkan barangan baharu daripada barangan terbuang seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos
Masyarakat seharusnya dididik untuk memahami konsep amalan berkenaan.
|
|
|
Penggunaan teknologi terkini
Loji Waste to Energy (WtE)
- Merupakan teknologi terkini yang mampu - mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85%
- Mampu mengurangkan pencemaran bau berbanding tapak pelupusan sedia ada.
Penciptaan pinggan daripada ubi kayu dapat menggantikan pinggan polistirena dan mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.
|
|
|
Penguatkuasaan undang - undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Akta untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.:
- Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
- Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673)
|
|
|
Pendidikan
Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan kepada generasi muda terutama dari peringkat awal.
Mata pelajaran geografi dan sains dapat memupuk kesedaran dalam kalangan murid.
Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan di sekolah.
|
|
|
Kempen
Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial.
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.
|
|
|