|
4.2 |
Produktiviti dan Eksternaliti |
|
|
Cara mencapai pertumbuhan ekonomi:
-
Meningkatkan kuantiti input yang terdiri daripada buruh, modal, tanah, dan usahawan
-
Meningkatkan kecekapan dalam penggunaan input iaitu buruh, modal, tanah dan usahawan
|
|
|
Produktiviti / Daya Pengeluaran |
|
|
Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
Fungsi produktiviti:
- Mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan input seperti tenaga buruh, teknologi, peralatan, sistem, dan pengurusan
- Menjelaskan perhubungan antara output yang dihasilkan dengan input yang digunakan
|
|
Produktiviti = \(\dfrac{\text{Output}}{\text{Input}}\) |
|
Kepentingan produktiviti
- Peningkatan produktiviti
- Peningkatan output
- Peningkatan keuntungan atau daya saing firma
- Peningkatan upah pekerja
- Peningkatan pendapatan negara
- Peningkatan taraf hidup rakyat
|
|
Faktor mempengaruhi produktiviti
- Tenaga manusia
- Sistem dan prosedur
- Struktur organisasi
- Gaya kepimpinan
- Persekitaran kerja
- Bahan-bahan
- Teknologi
- Kelengkapan modal
|
|
|
Eksternaliti |
|
|
Kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan. |
|
|
|
|
|
|
|
- Misalnya, pengeluaran yang dijalankan oleh kilang boleh menyebabkan pencemaran air jika bahan buangan firma disalurkan ke dalam sungai atau laut.
- Kos ini tidak diambil kira dalam harga pasaran. Namun pada masa yang sama dengan adanya kilang-kilang ini, penduduk dapat peluang pekerjaan dan memperoleh pendapatan untuk membaiki taraf hidup.
- Faedah ini juga tidak dimasukkan dalam harga pasaran.
|
|
|
|
Kos Sosial |
|
|
Kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh : Aktiviti pengeluaran minyak petroleum dan pembuangan sisa toksik kilang yang berleluasa
Kesan : Aktiviti ini menyebabkan pencemaran alam sekitar yang merugikan nelayan dan alam sekitar
|
|
|
Faedah Sosial |
|
|
Faedah kepada pihak ketiga selain pengguna dan pengeluar |
|
|
|
|
|
|
|
Contoh : Barang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti hospital dan alat pemadam api
Kesan : penggunaan alat pemadam api memberi faedah kepada masyarakat sekeliling tanpa sebarang bayaran
|
|
|
- Kos sosial = Kos peribadi + Kos luaran
|
|
|
Kos Peribadi |
|
|
Kos nyata sesebuah kerajaan, firma atau individu.
Contoh: kos pembelian kereta, insurans
kereta
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kos Luaran |
|
|
Kesan sampingan yang negatif yang ditanggung oleh pihak yang ketiga tanpa sebarang pampasan.
Contoh: seorang pemandu kereta tidak perlu menanggung kos kesesakan lalu lintas dan pencemaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
- Faedah sosial = Faedah peribadi + Faedah luaran
|
|
Contoh: Seorang individu memilih menunggang basikal pergi bekerja.
Faedah Peribadinya:
- Kos pengangkutan yang lebih rendah berbanding memandu kereta
- Faedah kesihatan daripada menunggang basikal
- Mengelak kesesakan lalu lintas dan menjimatkan masa perjalanan
Faedah sosial daripada itu juga mendaangkan faedah luaran:
- Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
- Kadar pencemaran alam sekitar yang lemah
- Kos perubatan kesihatan yang lebih rendah kepada orang ramai
|
|
Jika sesuatu barangan mempunyai faedah luaran yang sangat menonjol, jumlah faedah sosial akan menjadi lebih besar daripada faedah peribadi |
|
|
|