Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi

1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan tiga jenis sistem ekonomi utama. Di sebelah kiri, terdapat bulatan kuning dengan teks '3 Jenis Sistem Ekonomi Utama'. Dari bulatan ini, terdapat tiga garis yang menghubungkan ke tiga kotak biru muda di sebelah kanan. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: 1. Sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB) 2. Sistem ekonomi campuran (SEC) 3. Sistem ekonomi perancangan pusat (SEPP). Di bahagian atas kiri imej, terdapat logo 'Pandai'.
Masalah Asas Ekonomi
1. Apa yang Hendak Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan.
  • Pengeluar akan memilih untuk mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
  • Diselesaikan berdasarkan permintaan / cita rasa masyarakat.
  • Dapat menentukan corak agihan / peruntukan sumber dalam ekonomi.
  • Dapat memastikan pengguna memperoleh kepuasan yang maksimum.
  • Pengeluar memperoleh keuntungan yang maksimum, dan kerajaan menjana kebajikan masyarakat yang maksimum.
2. Berapa yang Hendak Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan.
  • Persoalan ini adalah untuk memastikan tidak berlaku masalah kekurangan atau lebihan sesuatu barangan dalam pasaran.
  • Masalah kekurangan barang akan menyebabkan kenaikan harga barang.
  • Masalah lebihan barangan pula akan menyebabkan stok sesuatu barangan bertambah dan membawa kepada penurunan harga.
  • Persoalan ini dapat ditentukan berdasarkan permintaan masyarakat dan faktor pengeluaran yang diperuntukkan untuk mengeluarkannya.
3. Bagaimana Hendak Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan cara / kaedah / teknik pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan.
  • Pengeluar harus menggabungkan faktor pengeluaran secara optimum untuk meminumkan kos pengeluaran.
  • Memilih sama ada menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal atau berintensifkan buruh.
  • Kaedah berintensifkan modal bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor modal berbanding dengan faktor buruh.
  • Kaedah berintensifkan buruh bermaksud pengeluaran yang menggunakan lebih banyak faktor buruh berbanding dengan faktor modal.
  • Pemilihan cara pengeluaran dibuat berdasarkan harga relatif antara faktor buruh dan faktor modal atau teknik pengeluaran yang paling cekap.
  • Jika harga faktor buruh secara relatif lebih murah berbanding dengan faktor modal, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh dan sebaliknya.
4. Untuk Siapa Dikeluarkan
  • Merujuk kepada penentuan corak pengagihan barangan kepada masyarakat yang menjadi sasaran.
  • Penyelesaian ini berasaskan kepada corak agihan pendapatan wang iaitu bergantung kepada kemampuan / kuasa beli masyarakat.
  • Golongan yang berpendapatan tinggi biasanya memperoleh lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.
 
Tiga Jenis Sistem Ekonomi
  1. Sistem ekonomi pasaran bebas (SEPB).
  2. Sistem ekonomi campuran (SEC).
  3. Sistem ekonomi perancangan pusat  (SEPP).
 
Perbandingan Ciri-ciri 3 Sistem Ekonomi
1. Pemilikan Faktor Pengeluaran
  1. SEPB
    • Pengguna / pengeluar bebas memiliki faktor pengeluaran.
       
  2. SEC

    • Kerajaan campur tangan untuk mengeluarkan barang awam bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat.
       
  3. SEPP
    • Kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk memiliki faktor pengeluaran dan keluarkan barang dan perkhidmatan.
2. Penentu Kehendak
  1. SEPB
    • Pengguna / pengeluar bebas membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
    • Pengguna bebas menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti).
    • Pengeluar bebas membuat keputusan tentang penggunaan faktor pengeluaran untuk memaksimumkan keuntungan.
       
  2. SEC
    • Pengguna dan pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi.
    • Pengguna bebas menentukan corak permintaan barang dan perkhidmatan yang hendak digunakan untuk memaksimumkan kepuasan diri (utiliti).
    • Pengeluar bebas bersaing untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan keuntungan.
    • Kerajaan mengeluarkan barang bagi menjaga / memaksimumkan kebajikan masyarakat.
       
  3. SEPP
    • Kerajaan membuat semua keputusan tentang masalah asas ekonomi.
    • Kerajaan merancang dan mengawal peruntukan faktor pengeluaran kepada masyarakat dan agihan barang dan perkhidmatan.
3. Pembuat Pilihan
  1. SEPB
    • Pengguna bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
    • Pengeluar bebas membuat pilihan dalam pengeluaran dan teknik pengeluaran barang dan perkhidmatan meminimumkan kos.
       
    • Kerajaan mengawal kebebasan melalui undang-undang untuk mengelakkan penyelewengan.
       
  3. SEPP
    • Pengguna tidak bebas membuat pilihan terhadap barang dan perkhidmatan yang diingini.
    • Pengeluar tidak bebas menggunakan faktor pengeluaran.
4. Contoh Negara
  1. SEPB
    • Amerika Syarikat dan Hong Kong.
       
  2. SEC
    • Malaysia dan Thailand.
       
  3. SEPP
    • Korea Utara dan Cuba.
 
Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi
1. Apa yang Hendak Dikeluarkan
  1. SEPB
    • Diselesaikan oleh kuasa permintaan pengguna dan kuasa penawaran pengeluar.
    • Pengguna bebas memilih barang untuk memaksimumkan utiliti.
    • Pengeluar mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
       
  2. SEC
    • Diselesaikan melalui kuasa pasaran / mekanisme harga dan kuasa kerajaan.
    • Pengguna bebas memilih barangan untuk memaksimumkan kepuasan.
    • Pengeluar swasta bebas mengeluarkan barang ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi untuk memaksimumkan keuntungan.
    • Kerajaan keluarkan barang awam / barang yang tidak dikeluarkan oleh firma swasta untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
       
  3. SEPP
    • Diselesaikan oleh kuasa kerajaan / badan perancangan pusat.
    • Kerajaan berkuasa mutlak menentukan jenis barang.
    • Kerajaan keluarkan barang awam.
2. Berapa Hendak Dikeluarkan
  • Masalah ekonomi dalam penyelesaian masalah ekonomi merujuk kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menguruskan dan mengagihkan sumber-sumber terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad.
  • Sumber ekonomi seperti tanah, buruh, dan modal adalah terhad, manakala keperluan seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta kehendak seperti percutian mewah dan barang-barang elektronik terus berkembang.
  • Masalah ini merangkumi beberapa aspek utama: pengagihan sumber yang cekap, membuat keputusan berdasarkan kos peluang, dan menangani ketidaksamaan pendapatan.
  • Selain itu, pengurusan kewangan yang baik, kestabilan ekonomi, dan pertumbuhan yang mampan adalah cabaran penting yang perlu diatasi.
  • Pengurusan yang baik memerlukan analisis mendalam dan perancangan strategik untuk memastikan bahawa sumber digunakan dengan cara yang paling berkesan dan adil, sambil mencapai pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan menstabilkan harga serta pendapatan.
3. Bagaimana Hendak Dikeluarkan
  1. SEPB
    • Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos.
    • Pilih sama ada intensif buruh atau intensif modal yang lebih murah.
    • Kombinasi faktor pengeluaran yang paling cekap pada kos pengeluaran yang minimum akan dipilih oleh pengeluar.
       
  2. SEC
    • Diselesaikan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran.

    • Bagi barang ekonomi, firma swasta pilih cara pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan.
    • Bagi barang awam, kerajaan pilih cara pengeluaran paling cekap untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
       
  3. SEPP
    • Diselesaikan oleh kerajaan melalui pemilihan cara pengeluaran paling cekap / meminimumkan kos pengeluaran / mengurangkan pengangguran.
    • Matlamat kerajaan ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat.
4. Untuk Siapa Dikeluarkan
  1. SEPB
    • Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang.
    • Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi dan akan dapat lebih banyak barang.
    • Agihan kekayaan dalam masyarakat adalah tidak sama rata.
       
  2. SEC
    • Diselesaikan melalui corak agihan pendapatan wang bagi barang ekonomi.
    • Golongan berpendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi memperoleh lebih banyak barang.
    • Pihak kerajaan akan agihkan barang untuk semua individu.
    • Kerajaan campur tangan dalam agihan barang melalui sistem percukaian dan subsidi.
    • Kerajaan mengagih barang awam kepada semua individu.
       
  3. SEPP
    • Diselesaikan oleh kerajaan.
    • Memastikan barangan diagih secara adil.
    • Menggunakan sistem kupon / catuan.
    • Kerajaan kawal harga barang untuk menjamin kebajikan masyarakat.
 
Ciri-ciri Ekonomi Islam
1. Ciri-ciri Utama Ekonomi islam
  • Matlamat ekonomi Islam adalah untuk mencapai al-Falah iaitu mencapai keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat di dunia dan akhirat.
  • Segala kegiatan ekonomi yang berlandaskan syariat Islam dianggap sebagai ibadah dan akan diberi ganjaran pada hari akhirat.
  • Keputusan ekonomi mestilah berdasarkan prinsip dan hukum Islam iaitu Al-Quran dan Hadis.
  • Pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk umat dan aktiviti ekonomi yang dijalankan mencerminkan keseluruhan hidup Islam.
  • Aktiviti ekonomi yang tidak halal seperti penyeludupan, perjudian, pengedaran dadah dan penipuan adalah diharamkan sama sekali.
2. Wujud Persaingan yang Adil dan Saksama antara Individu
  • Individu dan swasta adalah bebas mencari / memiliki kekayaan di dunia demi kebajikan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam.

  • Pengguna mempunyai kebebasan memilih barang / perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi.
  • Pengeluar bebas bersaing dalam pengeluaran barangan untuk memperoleh keuntungan asalkan mematuhi hukum syarak.
  • Kerajaan akan mengawal kebebasan pengguna dan pengeluar melalui undang undang dan peraturan.
3. Keseimbangan antara Kepentingan Individu dan Masyarakat
  • Kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu.
  • Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi dalam pengeluaran barang awam untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan masyarakat terjamin.
  • Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
  • Setiap individu dijamin memperolehi barang keperluan asas.
  • Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan.
  • Individu yang cukup syarat dikehendaki membayar zakat untuk diagihkan kekayaan mereka kepada golongan yang kurang kemampuan / golongan yang layak menerima zakat.