Aplikasi Teknologi Hijau dalam Pengurusan Sisa Industri

5.6  Aplikasi Teknologi Hijau dalam Pengurusan Sisa Industri
 
Perkembangan Teknologi Hijau
  • Pengenalan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan pada tahun 2009 telah merintis penggunaan Teknologi Hijau dengan lebih meluas dalam pelbagai sektor di Malaysia.
  • Kesedaran masyarakat terhadap pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim:
    • Mencepatkan usaha ke arah penghasilan serta penggunaan Teknologi Hijau di samping penggunaan sumber yang lebih lestari.
  • Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia juga dikenali sebagai GreenTech Malaysia,
    • Ialah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai program dan insentif untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau dalam pelbagaisektor ekonomi negara.
  • Penggunaan Teknologi Hijau tidak terhad kepada bidang perindustrian semata-mata tetapi sangat luas merentasi pelbagai aspek kehidupan.
  • Dalam aplikasi yang melibatkan penghasilan produk atau perkhidmatan, penggunaan teknologi dengan pendekatan yang mesra alam diterapkan bermula daripada penggunaan dan pengurusan sumber sehingga kepada pengurusan bahan buangan.
 
Definisi Teknologi Hijau
Teknologi atau aplikasi yang dibangunkan untuk mengurangkan impak aktiviti manusia terhadap alam sekitar.
 
Sektor-sektor Teknologi Hijau di Malaysia
Sektor Contoh Aplikasi
Bekalan tenaga

Tenaga boleh diperbaharui seperti;

  • Solar
  • Hidro
  • Geoterma 
  • Angin
Pengangkutan Kenderaan menggunakan bahan api alternatif.
Bangunan Pengunaan bahan binaan mesra alam dan bangunan jimat tenaga.
Pengurusan sisa dan air sisa

Kitar Semula dan Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan.

Pertanian dan perhutanan Penggunaan baja kompos dan pemeliharaan hutan.
Industri Penggunaan alatan dan teknologi cekap tenaga.
 
Gambar menunjukkan 'PENDEKATAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA'. 1. Pelupusan sisa. 2. Pengurusan tempat pelupusan. 3. Olahan air sisa.
 
Pengurusan Sisa
  • Pembangunan pesat dan peningkatan jumlah penduduk telah menyumbangkan penjanaan sisa pepejal atau sampah yang tinggi.
  • Jika tidak diuruskan dengan baik, kualiti hidup dan kesihatan awam akan terjejas.
  • Pengurusan sisa tidak hanya melibatkan pihak berkuasa tempatan, sebaliknya semua masyarakat perlu memainkan peranan di dalam memastikan keberkesanan pengurusan sisa terutama sisa pepejal.
  • Bahan larutlesapan merujuk kepada cecair tercemar yang terhasil daripada penelusan air melalui bahan buangan pepejal.
 
Teknologi Hijau dalam Pelbagai Peringkat Pengurusan Sisa

Gambar ini menunjukkan proses pengurusan sisa pepejal. Ia bermula dengan pengumpulan sisa pepejal yang dihantar ke pusat pengasingan sisa. Di pusat ini, sisa diasingkan kepada beberapa kategori: sisa organik untuk pengkomposan, bahan kitar semula, dan sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan. Sisa yang tidak boleh dikitar semula atau dikompos akan melalui proses pembakaran (incineration) atau dihantar ke tapak pelupusan. Di tapak pelupusan, terdapat proses olahan larutlesapan dan pengumpulan gas metana.

Pengurusan Air Sisa
  • Air sisa merupakan bahan buangan berbentuk cecair yang boleh terdiri dari sisa manusia, sisa makanan, minyak dan bahan kimia.
  • Air sisa dapat dibahagikan kepada;
    • Air sisa domestik
    • Air larian stormwater
    • Air sisa industri.
  • Berbanding air sisa domestik dan air larian stormwater, air sisa industri mungkin mengandungi bahan kimia seperti;
    • Akrilonitril
    • Metilbenzena
    • Toluena
    • Logam berat seperti arsenik, merkuri dan plumbum.
  • Bahan-bahan kimia berbahaya ini sukar untuk terurai secara biologi dan memerlukan kaedah olahan yang lebih sistematik agar tidak mencemarkan alam sekitar atau menjejaskan kesihatan.
  • Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dengan menggunakan prinsip elektrolisis yang juga dikenali sebagai proses elektropenggumpalan merupakan pendekatan Teknologi Hijau yang boleh digunakan untuk mengolah air sisa termasuk air sisa industri.
  • Elektrod karbon atau kuprum akan digunakan manakala air sisa pula adalah sebagai elektrolit dalam proses elektro-penggumpalan.
  • Bahan pencemar akan membentuk gumpalan (flok) dan dapat diasingkan dari air seterusnya disingkirkan sebagai bahan enapcemar.
  • Bahan enapcemar setelah dirawat dengan betul boleh digunakan sebagai baja dalam sektor pertanian atau dilupuskan dengan kaedah yang bersesuaian bergantung kepada komposisi bahan yang terdapat dalam bahan enapcemar.
  • Air sisa yang sudah diolah dapat diguna semula untuk pengairan tanaman atau disingkirkan sebagai efluen.
  • Efluen ialah bahan buangan dalam bentuk cecair yang dialirkan ke dalam sistem perparitan atau sumber air.
 
Proses Rawatan Air Sisa

Imej ini menunjukkan proses rawatan air sisa di sebuah loji rawatan. Berikut adalah langkah-langkah yang ditunjukkan: 1. Air sisa dipam masuk ke loji rawatan. 2. Pengasingan sisa pepejal dilakukan. 3. Proses elektro-penggumpulan dijalankan. 4. Proses pengasingan pepejal dari air sisa. 5. Pengumpulan enapcemar. 6. Rawatan lanjut air sisa. 7. Pelepasan efluen ke sumber air. Imej ini menggambarkan pelbagai peralatan dan struktur seperti tangki, pam, dan trak yang terlibat dalam proses rawatan air sisa.

Gambar menunjukkan kepentingan teknologi hijau. 1. Sumber tenaga yang lebih bersih. 2. Pengurusan sisa buangan yang lebih berkesan. 3. Kualiti hidup meningkat. 4. Memacu inovasi baru. 5. Membantu memperlahan pemanasan global.