Bahan Pencuci

5.2  Bahan Pencuci
 
Definisi Sabun
Garam natrium atau kalium bagi asid lemak.
 
Proses Penyediaan Sabun
  • Sabun adalah garam natrium atau kalium asid lemak.
  • Sabun dihasilkan daripada tindak balas peneutralan antara asid lemak dan alkali.
  • Asid lemak ialah asid karbosilik rantaip panjang.
  • Sumber asid lemak boleh didapati daripada ester semulajadi dalam lemak haiwan atau minyak sayuran.
  • Formula am untuk sabun ialah \(RCOO−Na^+\) atau \(RCOO−K^+\).
  • R ialah kumpulan alkil yang mengandungi sekurang-kurangnya 8 atom karbon.
  • Walau bagaimanapun, kumpulan alkil biasanya mengandungi 12 hingga 20 atom karbon.
  • R terdiri darupada hidrokarbon tepu atau tak tepu.
 
Contoh-Contoh Sabun
Sabun Formula Kimia Asid Lemak Sumber
Natrium laurat CH3(CH2)10COONa

CH3(CH2)10COOH Asid laurik

Minyak kelapa
Natrium palmitat CH3(CH2)14COONa CH3(CH2)14COONa Asid palmitik Minyak sawit
 
Detergen
Definisi
  • Garam yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan hidrogen alkil sulfat dengan alkali.
Bahan Mentah
  • Petroleum.
Penyediaan
  • Pengeluaran detergen bermula semasa perang dunia kedua kerana kekurangan lemak haiwan dan minyak sayuran.
  • Detergen ialah agen pembersih bukan sabun.
  • Detergen iaah garam natrium asid sulfonik.
  • Dua jenis asid sulfonik yang digunakan untuk membuat detergen ialah asid alkil sulfonik dan asid alkilbenzena sulfonik.
  • Detergen biasanya dibuat daripada sumber sintetik, seperti pecahan petroleum.
 
Tindakan Pencucian Sabun dan Detergen

Gambar menunjukkan tindakn pencucian sabun dengan detergen.

Anion Sabun dan Anion Detergen di dalam Air
Gambar menunjukkan anion sabun dan anion detergen di dalam air.
 
Penyingkiran Gris
Gambar menunjukkan proses penyingkiran gris.
 
Keberkesanan Tindakan Pencucian Sabun dan Detergen
  • Air liat adalah air yang mengandungi garam mineral, yang terutamanya ion kalsium, \(Ca^{2+}\)  dan ion magnesium, \(Mg^{2+}\)
  • Sabun yang dialrutkan dalam air liat akan membentuk kekat.
  • Kekat adalah garam yang tidak terlarutkan yang terbentuk kerana tindak balas anion sabun dengan ion mineral di dalam air. 
  • Keberkesanan sabun dan detergen dalam air liat adalah berbeza seperti yang ditunjukkan di bawah:
Aspek Sabun Detergen
Keberkesanan di dalam air lembut Berkesan sebagai agen pencuci. Berkesan sebagai agen pencuci.
Keberkesanan di dalam air liat Kurang berkesan kerana membentuk kekat. Lebih berkesan kerana tidak membentuk kekat.
Keberkesanan di dalam air berasid Tidak berkesan kerana membentuk asid organik yang tidak larut. Berkesan kerana membentuk asid organik yang larut.
 
Imej menunjukkan diagram 'BAHAN TAMBAH DALAM DETERGEN' iaitu Enzim biologi, Agen pengering, Bahan pewangi, Agen antienapan, Agen pengawal buih, Pelembut air dan pembina, Pemutih optik dan Agen pemutih.
 
Bahan Tambah dalam Detergen
Bahan Tambah Fungsi Contoh
Enzim biologi  Menanggalkan kotoran berprotein seperti darah, susu dan gula. Amilase, protease, selulase dan lipase.
Agen pemutih  Menukar kotoran kepada bahan tanpa warna. Natrium perborat dan natrium hipoklorit.
Pemutih optik Menjadikan kain lebih putih dan lebih cerah. Pewarna pendafluor.
Pelembut air dan pembina Meningkatkan keberkesanan detergen dengan melembutkan air. Natrium tripolifosfat.
Agen pengawal buih Untuk mengawal pembuihan di dalam detergen. Alkil monoetanolamida.
Agen antienapan Menghalang kotoran yang dikeluarkan oleh detergen daripada melekat semula. Natrium karboksilmetilselulosa.
Bahan pewangi Menambahkan kewangian detergen dan fabrik. Melur dan lavender.
Agen pengering Memastikan serbuk detergen sentiasa kering di dalam bekas. Natrium sulfat dan natrium silikat.