Asid Karboksilik

 

  • Kumpulan berfungsi: kumpulan karboksil, \(-COOH\)
  • Formula umum: \(C_nH_{2n+1}COOH\)

 

Penamaan asid karboksilik

  • Menggantikan 'ol' pada akhir nama alkohol dengan 'oik'. 
  • Kemudian, perkataan 'asid' ditambah pada permulaan nama. 
  • Contoh: metanol kepada asid metanoik.

 

Langkah-langkah dalam penamaan asid karboksilik

  1. Tentukan nama rantaian utama berdasarkan bilangan atom karbon dalam rantaian karbon terpanjang dan berterusan.
  2. Penomboran rantaian karbon terpanjang bermula daripada kumpulan karboksil.
  3. Tentukan kedudukan rantaian cabang.

 

Contoh: Formula struktur bagi asid 3,4-dimetilheksanoik

 

Ciri-ciri fizikal asid etanoik

  • Larutan tidak berwarna pada suhu bilik
  • Mempunyai bau masam
  • Takat didih: 118°C
  • Mudah meruap
  • Larut dalam air

 

Kegunaan asid karboksilik

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi asid karboksilik.
    • Oren mempunyai asid sitrik.
  • Susu menjadi masam kerana asid laktik yang terbentuk.
  • Digunakan dalam barangan kehidupan harian;
    • Kosmetik
    • Cecair detergen
  • Digunakan dalam industri makanan;
    • Perisa makanan
    • Pengawet makanan