Aplikasi faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam kehidupan harian

7.3 Aplikasi Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas dalam Kehidupan
 
Imej ini menunjukkan carta alir dengan tajuk ‘FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TINDAK BALAS DALAM KEHIDUPAN’. Terdapat empat kotak yang disusun secara mendatar, masing-masing dengan nombor dan faktor yang berbeza. Kotak pertama berwarna biru dengan nombor 1 dan label ‘Faktor saiz’. Kotak kedua berwarna merah dengan nombor 2 dan label ‘Faktor kepekatan’. Kotak ketiga berwarna biru dengan nombor 3 dan label ‘Faktor suhu’. Kotak keempat berwarna merah dengan nombor 4 dan label ‘Faktor mangkin’. Di sudut kanan atas terdapat logo ‘Pandai’.
  
Faktor Saiz
Tindakan Ubat
  • Tablet antasid digunakan untuk merawat gastrik.
  • Doktor menggalakkan pesakit untuk mengunyah tablet berbanding dengan cara menelan.
  • Memecahkan tablet kepada saiz yang lebih kecil akan menambahkan jumlah luas permukaan terdedah dan meningkatkan kadar tindak balas ubat dengan asid di dalam perut.
Memasak Makanan
  • Kentang dipotong menjadi kepingan nipis atau jalur panjang supaya lebih cepat dimasak.
  • Kepingan nipis kentang atau jalur kentang mempunyai jumlah luas permukaan terdedah yang lebih besar terhadap minyak masak berbanding dengan kentang yang tidak dipotong.
  
Faktor Kepekatan
Kakisan oleh Hujan Asid
  • Bangunan diperbuat daripada besi yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian akan lebih cepat terkakis oleh hujan asid.
  • Atmosfera di kawasan perindustrian mengandungi kepekatan sulfur dioksida yang tinggi.
  • Apabila kepekatan bahan pencemar berasid meningkat, tahap keasidan hujan asid bertambah dan kadar kakisan meningkat.
Pembakaran Petrol di dalam Enjin Kereta
  • Wap petrol dan udara dimampatkan di dalam kebuk pembakaran enjin kereta sebelum dibakar.
  • Mampatan tersebut meningkatkan kepekatan wap petrol dan menyebabkan pembakaran petrol berlaku dengan sangat cepat sehingga meletup.
  • Tenaga yang dibebaskan daripada pembakaran petrol digunakan untuk menggerakkan kereta.
 
Faktor Suhu
Pembersihan
  • Mencuci pakaian dengan serbuk detergen dan air panas menggabungkan dua faktor yang meningkatkan kadar tindak balas.
  • Proses mencuci pakaian bertambah cepat dalam keadaan ini.
Memasak Makanan
  • Selain daripada pengaruh saiz, makanan lebih cepat masak pada suhu yang tinggi. Air mendidih pada 100 °C, manakala minyak masak belum mendidih walaupun dipanaskan sehingga 180 °C.
  • Oleh itu, makanan yang digoreng di dalam minyak akan lebih cepat masak.
 
Faktor Mangkin
Pengubah Bermangkin
  • Kereta moden dipasang dengan pengubah bermangkin untuk mengurangkan pencemaran udara. 
  • Gas ekzos dari enjin kereta mengandungi bahan pencemar.
Pembuatan Alkohol
  • Etanol, C2 H5 OH, ialah bahan yang terdapat di dalam minuman beralkohol.
  • Etanol dihasilkan melalui proses penapaian glukosa dengan bantuan enzim di dalam yis sebagai mangkin pada suhu 37 °C.