Penggunaan, Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia

1.3 Penggunaan, Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia
 
Makmal
Suatu tempat yang penting dalam pembelajaran kimia dan juga merupakan tempat yang berbahaya.
 
Imej ini menunjukkan peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan di makmal. Di tengah-tengah imej terdapat ikon mentol lampu dengan tanda semak. Di sekelilingnya terdapat lima jenis PPE yang ditunjukkan dengan ikon dan teks: 1) Kaca mata keselamatan (Goggles), 2) Pelitup muka, 3) Sarung tangan, 4) Kot makmal, dan 5) Kasut makmal. Setiap jenis PPE dihubungkan dengan anak panah yang menunjukkan kepentingan setiap peralatan. Terdapat logo ‘Pandai’ di sudut kiri atas imej.
 
Alat Pelindung Diri Fungsi
Kaca mata keselamatan (goggles) Mengelakkan debu atau percikan bahan kimia daripada terkena mata.
Topeng muka Melindungi organ pernafasan daripada bahan kimia dalam bentuk serbuk atau wasap.
Sarung tangan Digunakan semasa mengendalikan bahan kimia untuk melindungi tangan daripada tercedera, terkena bahan kimia atau jangkitan.
Baju makmal Pelindung badan dan pakaian daripada tumpahan bahan kimia seperti asid, alkali dan pelarut organik.
Kasut makmal Melindung kaki daripada kecederaan akibat tumpahan bahan kimia, terkena objek tajam atau bahan toksik. 
 
Peralatan Keselamatan di dalam Makmal Fungsi
Kebuk wasap Khas untuk menjalankan eksperimen yang membebaskan wasap beracun, mudah terbakar atau berbau sengit.
Pancuran air (shower)
  • Membasuh dan membersihkan badan apabila kemalangan berlaku pada bahagian badan.
  • Memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran pada bahagian badan. 
Alat pemadam kebakaran Untuk memadamkan api semasa kebakaran berlaku di makmal.
Pencuci tangan Untuk menanggalkan bahan kimia, kotoran, minyak dan mikroorganisma pada tangan. 
Eyewash Untuk membasuh dan membersihkan mata apabila kemalangan berlaku pada bahagian mata. 
 
Penyimpanan Bahan Kimia
Bahan Kimia Penerangan
Bahan reaktif Seperti litium, natrium dan kalium disimpan dalam minyak parafin untuk mengelakkannya bertindak balas dengan air di udara. 
Hidrokarbon dan pelarut organik Cecair yang senang meruap dan mudah terbakar seperti hidrokarbon dan pelarut organik perlu disimpan di tempat yang teduh serta jauh daripada cahaya matahari dan sumber haba. 
Bahan yang mudah terurai

Bahan yang mudah terurai dengan kehadiran sumber cahaya seperti:

  • asid nitrik pekat
  • larutan hidrogen peroksida
  • larutan argentum nitrat
  • cecair bromin
  • cecair klorin

disimpan di dalam botol gelap. 

Bahan yang mempunyai \(\text{pH} < 5\) dan \(\text{pH} > 9\) Bahan yang mempunyai (\(\text{pH} < 5\) dan \(\text{pH} > 9\)) dalam ralat ini mengakis, maka biasanya disimpan di dalam kabinet penyimpanan khas dan dikunci. 
Logam berat dan bahan toksik Bahan-bahan ini perlu disimpan dalam bekas khas yang berlabel dan disimpan di dalam bilik yang berkunci serta bebas daripada sumber haba. 
 
Pelupusan Bahan Kimia
Bahan Kimia Penerangan
Hidrogen peroksida
  • Kepekatan rendah boleh dituang ke dalam singki. 
  • Kepekatan tinggi perlu dicairkan dengan air dan ditambah dengan natrium sulfit bagi proses penguraian sebelum dituang ke dalam singki.
Sisa pepejal Seperti kaca dan getah perlu dibuang ke dalam bekas khas. 
Hidrokarbon dan pelarut organik
  • Kebanyakan toksik, karsinogenik dan mudah meruap.
  • Tidak boleh dibuang terus ke dalam singki.
  • Perlu disimpan dalam bekas khas yang diperbuat daripada kaca atau plastik.
Bahan yang mempunyai \(\text{pH} < 5\) dan \(\text{pH} > 9\) Dimasukkan ke dalam bekas tertutup yang berlabel semasa pelupusan. 
Logam berat dan bahan toksik
  • Dimasukkan ke dalam beg plastik dan larutannya dibiar menyejat dalam kebuk wasap. 
  • Diikat dan dimasukkan ke dalam tong untuk sisa logam berat.
Bahan yang mudah terurai Perlu disimpan dalam bekas yang tertutup dan diletak di tempat yang teduh serta jauh daripada cahaya matahari dan sumber haba. 
 
Langkah Pengurusan Kemalangan di dalam Makmal
  1. Maklumkan kemalangan kepada guru atau pembantu makmal dengan segera.
  2. Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan untuk murid.
  3. Sekat tumpahan daripada merebak ke kawasan lain dengan membuat sempadan menggunakan pasir.
  4. Bersihkan tumpahan bahan kimia tersebut.
  5. Lupuskan tumpahan kimia mengikut prosedur yang betul.
 
Simptom Keracunan Merkuri
  • Loya 
  • Batuk 
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit dada
  • Sakit tekak
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala
  • Kerengsaan mata
  • Masalah penglihatan
  • Peningkatan tekanan darah
 
Langkah-Langkah yang perlu Diambil Sebaik Sahaja Berlaku Tumpahan Merkuri

  2. Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
  3. Taburkan serbuk sulfur untuk menutup tumpahan.
  4. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan selanjutnya.