|
|
- Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.
- Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
- Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat
|
|
|
Komponen Peribahasa |
|
|
Simpulan Bahasa |
- Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan dan pepatah.
- Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
- Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
- Berikut adalah contoh simpulan bahasa dan contoh ayat yang menggunakannya.
|
|
Buah tangan
Maksud |
Contoh Ayat |
Barang yang dibeli ketika berada di tempat lain |
Banyak buah tangan yang Imran bawa dari Sabah untuk diberikan kepada keluarganya. |
Berat sebelah
Maksud |
Contoh Ayat |
Tidak berlaku adil |
Sikap berat sebelah ketua kampung itu amat tidak disenangi oleh penduduk kampung. |
Ayam tambatan
Maksud |
Contoh Ayat |
Orang yang menjadi harapan |
Kamal menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak sekolah kerana kehandalannya menjaringkan gol. |
Makan Angin
Maksud |
Contoh Ayat |
Bersiar-siar |
Minggu lepas adik dan rakan-rakannya makan angin ke Singapura. |
|
Bidalan |
|
- Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
- Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
- Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan.
|
|
Belum duduk, sudah berlunjur
Maksud |
Contoh ayat |
Belum mendapat benda yang di inginkan tapi sudah berasa gembira |
Walaupun keputusan peperiksaan masih belum di umumkan namun Irfan sudah meminta hadiah dari ibunya untuk keputusannya yang cemerlang. Sifat Irfan ini ibarat belum duduk sudah terlunjur. |
Biar lambat, asalkan selamat
Maksud |
Contoh ayat |
Membuat sesuatu pekerjaan dengan cermat dan berhati-hati |
Siti membuat tugasan yang diberikan oleh majikannya dengan cermat dan berhati-hati. Bagi Siti biar lambat asalkan selamat. |
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Maksud |
Contoh ayat |
Melupakan perkara yang tidak elok dan mengingati perkara yang baik sahaja |
Aiman dan Ali sudah berdamai dan mereka telah melupakan perkara buruk yang berlaku antara mereka dan akan ingat perkara yang baik. Hal ini kerana, mereka telah buang yang keruh, ambil yang jernih. |
Naik tangga dari bawah
Maksud |
Contoh ayat |
Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba |
Mira berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi dia naik tangga dari bawah. |
Perumpamaan |
|
- Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
- Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
|
|
Bagai aur dengan tebing
Makna |
Contoh ayat |
Sikap tolong-menolong antara satu sama lain |
Penduduk kampung itu bagai aur dengan tebing semasa menyelesaikan masalah yang berlaku di kampung mereka. |
Bagai isi dengan kuku
Makna |
Contoh ayat |
Persahabatan yang sangat rapat |
Hubungan Siti dan Aminah amat rapat bagai isi dengan kuku kerana mereka sudah berkawan sejak dari kecil. |
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Makna |
Contoh ayat |
Tiada tempat bergantung |
Semenjak kematian ibu bapa, Ali seperti anak ayam kehilangan ibu kerana dia sudah tidak mempunyai tempat bergantung |
Seperti anjing dengan kucing
Makna |
Contoh ayat |
Adik-beradik yang suka bergaduh |
Amin dan adik-beradiknya sering bergaduh antara satu sama lain. Perangai mereka seperti anjing dengan kucing. |
|
Peribahasa |
|
Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, tuguran atau sindiran. Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya. |
|
Peribahasa |
Makna peribahasa |
Sambil menyelam minum air |
Melakukan dua perkara dalam satu pekerjaan |
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni |
Membuat pekerjaan yang susah dan senang bersama-sama |
Bagai kaca terhempas ke batu |
Perasaan yang sedih dan kecewa |
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat |
Mendapat kejayaan disebabkan seluruh pihak bekerjasama dan bersatu hati antara satu sama lain |
|