5.14
|
||
|
||
| Komponen Peribahasa |
![]() |
| Simpulan Bahasa |
|
Buah tangan
| Maksud | Contoh Ayat |
| Barang yang dibeli ketika berada di tempat lain | Banyak buah tangan yang Imran bawa dari Sabah untuk diberikan kepada keluarganya. |
Berat sebelah
| Maksud | Contoh Ayat |
| Tidak berlaku adil | Sikap berat sebelah ketua kampung itu amat tidak disenangi oleh penduduk kampung. |
Ayam tambatan
| Maksud | Contoh Ayat |
| Orang yang menjadi harapan | Kamal menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak sekolah kerana kehandalannya menjaringkan gol. |
Makan Angin
| Maksud | Contoh Ayat |
| Bersiar-siar | Minggu lepas adik dan rakan-rakannya makan angin ke Singapura. |
| Bidalan |
|
Belum duduk, sudah berlunjur
| Maksud | Contoh ayat |
| Belum mendapat benda yang di inginkan tapi sudah berasa gembira | Walaupun keputusan peperiksaan masih belum di umumkan namun Irfan sudah meminta hadiah dari ibunya untuk keputusannya yang cemerlang. Sifat Irfan ini ibarat belum duduk sudah terlunjur. |
Biar lambat, asalkan selamat
| Maksud | Contoh ayat |
| Membuat sesuatu pekerjaan dengan cermat dan berhati-hati | Siti membuat tugasan yang diberikan oleh majikannya dengan cermat dan berhati-hati. Bagi Siti biar lambat asalkan selamat. |
Buang yang keruh, ambil yang jernih
| Maksud | Contoh ayat |
| Melupakan perkara yang tidak elok dan mengingati perkara yang baik sahaja | Aiman dan Ali sudah berdamai dan mereka telah melupakan perkara buruk yang berlaku antara mereka dan akan ingat perkara yang baik. Hal ini kerana, mereka telah buang yang keruh, ambil yang jernih. |
Naik tangga dari bawah
| Maksud | Contoh ayat |
| Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba | Mira berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi dia naik tangga dari bawah. |
| Perumpamaan |
|
Bagai aur dengan tebing
| Makna | Contoh ayat |
| Sikap tolong-menolong antara satu sama lain | Penduduk kampung itu bagai aur dengan tebing semasa menyelesaikan masalah yang berlaku di kampung mereka. |
Bagai isi dengan kuku
| Makna | Contoh ayat |
| Persahabatan yang sangat rapat | Hubungan Siti dan Aminah amat rapat bagai isi dengan kuku kerana mereka sudah berkawan sejak dari kecil. |
Seperti anak ayam kehilangan ibu
| Makna | Contoh ayat |
| Tiada tempat bergantung | Semenjak kematian ibu bapa, Ali seperti anak ayam kehilangan ibu kerana dia sudah tidak mempunyai tempat bergantung |
Seperti anjing dengan kucing
| Makna | Contoh ayat |
| Adik-beradik yang suka bergaduh | Amin dan adik-beradiknya sering bergaduh antara satu sama lain. Perangai mereka seperti anjing dengan kucing. |
| Peribahasa | ||||||||||
| Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, tuguran atau sindiran. Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya. | ||||||||||
|
