08: Kata Bilangan

8 Kata Bilangan 
 
DEFINISI
  • Kata bilangan adalah kata yang digunakan untuk mengira frasa nama.
  • Contohnya mengira bilangan orang, binatang atau benda. 
 
Jenis-jenis Kata Bilangan 
 
  • Kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.
  • Berikut adalah jadual menunjukkan fungsi dan jenis kata bilangan.
 
Jenis Kata Bilangan Fungsi Kata Bilangan
Kata bilangan tentu Diggunakan untuk mementukan bilangan yang tepat seperti satu, dua puluh atau empat ratus. Contoh Pak Karim mempunya tiga biji kereta.
Kata bilangan tak tentu Digunakan untuk bilangan yang tidak pasti jumlahnya atau tidak tepat seperti para, semua, beberapa, sebahagian, berbagai-bagai. Contoh ayat, Ibu menyediakan berbagai-bagai jenis lauk pada hari raya.
Kata bilangan pecahan Digunakan untuk menunjukkan bilangan berbentuk pecahan seperti  tiga suku, separuh. Contoh, Hanya separuh ibu bapa murid tingkatan satu yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Kata bilangan pisahan Merujuk kepada sesuatu bilangan yang berpisah seperti masing-masing, tiap-tiap dan setiap. Contohnya, Pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum yang di adakan.
Kata bilangan himpunan Digunakan apabila bercakap mengenai jumlah tertentu dalam sesuatu himpunan seperti kedua-dua, berpuluh-puluh, berbulan-bulan. Contoh, Dusun ayah menghasilkan berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.  
Kata bilangan tingkat Digunakan untuk menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah seperti pertama, kedua dan ketiga. Contoh, Helmi ialah anak ketiga Pak Ali. 
 
Kesilapan Semasa Menggunakan Kata Bilangan 
 
  • Menggandakan kata nama konkrit apabila mengunakan kata bilangan tak tentu.
 
Salah Betul
Semua guru-guru hadir ke mesyuarat tersebut. Semua guru hadir ke mesyuarat tersebut.
Hanya sebahagian murid-murid kelas 1 A yang hadir pada hari gotong-royong itu. Hanya sebahagian murid kelas 1 A yang hadir pada hari gotong-royong itu.
 
  • Menggunakan kata bilangan tak tentu dengan salah.
 
Salah Betul
Berbagai aktiviti yang diadakan pada hari kokurikulum itu. Berbagai-bagai aktiviti yang diadakan pada hari kokurikulum itu.
Tiap murid yang hendak menyertai lawatan itu perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa mereka Tiap-tiap murid yang hendak menyertai lawatan itu perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa mereka
 
  • Menggunakan kata singkatan pada kata bilangan himpunan dalam ayat.
 
Salah Betul
Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat antara guru tersebut. Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat antara guru tersebut
Kedua harga buku ini sangat mahal. Kedua-dua harga buku ini sangat mahal.