06: Kata Kerja

6 Kata Kerja
 
DEFINISI

Kata kerja adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

  • kata kerja transitif
  • kata kerja tak transitif.
 
Kata Kerja Transitif 
  • Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek iaitu kata nama bagi melengkapkan maksud ayat tersebut. 
  • Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh yang diberi di bawah.
 
Imbuhan Contoh perkataan
meN menjala. mencangkul, menebang, menetak, menendang, menaip, membersihkan, mengambil
men_i menaiki, medekati, mendaki, menjalani. menghadiahi, menyertai, mencuci
ter_ termakan, tersepak, terlanggar
memper_ memperbaiki, memberbuat, memperisterikan
memper_i memperbaiki, mempelajari, memperingati
memper_kan memperkenalkan, mempertemukan, mempertingkatkan
 
Kata kerja transitif boleh dibuat dalam bentuk ayat aktif dan ayat pasif. Berikut ialah contoh kata kerja transitif.

Ayat aktif Ayat pasif
Pemuda itu berjaya mendaki Gunung Kinabalu Gunung Kinabalu itu berjaya di daki oleh pemuda itu
Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baru untuk semua murid Satu peraturan baru akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid
Kamal mempelajari ilmu mempertahankan diri. Ilmu mempertahankan diri itu dipelajari oleh Kamal
Ali sudah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh majikannya. Tugasan yang diberi oleh majikan telah Ali siapkan semuanya.
 
Kata Kerja Tak Transitif 
 
  • Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana ianya sudah lengkap dan boleh berdiri sendiri di dalam ayat.
  • Kata kerja ini juga tidak boleh dipasifkan seperti kata kerja transitif

meN_____ mengalir, menangis, menyanyi, membisu
ber___ berbincang, bercadang, berjalan
teR___ tarjatuh, termenung, tertarik, terhumban
ber____an berpelukan, bertaburan, bergandingan
 
Jenis-jenis Kata Kerja Tak Transitif
 
Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

  • kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
  • kata kerja tak transitif berpelengkap.
 
  • Kata kerja transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat itu.
  • Jika tiada pelengkap maka ayat yang akan disampaikan tidak mempuanya sebarang maksud.
  • Berikut adalah contoh dan kesalah dalam menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap.
 
Salah Betul
Aiman menunggang Aiman menunggang motisikal ke sekolah
Kereta itu terlanggar  Kereta itu terlanggar pembahagi jalan.
Lori itu terhumban Lori itu terhumban ke dalam gaung akibat hilang kawalan
 
Kata kerja transitif tanpa pelengkap pula bermakna kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan walaupun tiada kata atau frasa selepas ayat itu. Contoh seperti di bawah

  1. Adik terjatuh
  2. Air sungai itu mengalir
  3. Ali sedang berlari. 
 
Kata kerja tak transitif di atas juga boleh diikuti dengan oleh ayat keterangan yang berfungsi untuk memberikan maksud yang lanjut dengan ayat tersebut. Contohnya;

  1. Adik terjatuh kerana berlari atas lantai yang licin itu.
  2. Air sungai itu mengalir dengan deras .
  3. Ali sedang berlari kerana dikejar oleh anjing. 