Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
16: Kata Perintah
16: Kata Perintah
16
Kata Perintah
DEFINISI
Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk
memberikan sesuatu perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan
.
Contoh
Jangan : Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu.
Harap : Menyatakan maksud keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.
Jemput : Menyatakan maksud mengajak atau mengundang.
Minta : Menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
Sila : Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.
Tolong : Menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan sesuatu untuknya.
Usah : Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada melakukan sesuatu.
Nota
Dalam penulisan atau pembinaan ayat, elak menggunakan dua kata perintah dalam satu ayat.
Contoh Ayat
Betul
Salah
"
Jangan
sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata Cikgu Ali.
"
Tolong jangan

ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya.
"
Harap jangan

Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Ayat perintah terdiri daripada
empat jenis
, iaitu:
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
Contoh :
Minumlah teh ini dahulu.
siapkan kerja sekolah ini.
Fikirkanlah sebelum bertindak.
Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
Contoh :
Jangan petik bunga itu.
Usah bermain di tepi jalan.
Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
Contoh :
Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
Silalah pakai topi keledar.
Jemput makan bersama-sama.
Jemputlah datang ke rumah saya.
Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
Contoh :
Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
Minta anda semua bersabar.
Tolong ambilkan saya secawan air.
Tolong uruskan perkara ini dengan segera.

Chapter : Aspek Tatabahasa
Topic : Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
Form 5
Bahasa Melayu
View all notes for Bahasa Melayu Form 5
Related notes
02: Ayat Penegasan
04: Kata Adjektif
05: Kata Hubung
06: Kata Kerja
07: Kata Banyak Makna
08: Kata Bilangan
09: Kata Nama
11: Kata Tanya
12: Imbuhan
13: Kata Ganti Nama Diri
Report this note
Quiz Battle
Challenge your friend in timed Quiz battle
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account