15: Kata Seru

 
15 Kata Seru
 
DEFINISI
 
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan atau menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, benci, kagum dan kecewa.  Manakala ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat seruan di akhiri dengan tanda seruan.
 
 
Gambar sebuah rajah :   KATA SERU  SYABAS WAHAI WAH OH ADUH ADUHAI NAH HAI CH AH AMBOI CIS
 
KESALAHAN LAZIM

 

  1. Amboi, bisanya gigitan lipan ini!
  2. Ewah!  bergayanya awak hari ini.
  3. Siapa nama kamu!
  4. Wah, sakitnya tanganku ini!
  5. Cis! Manisnya buah jambu ini.
 
RUMUS

 

  • Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan sebagainya.
 
PENGGUNAAN KATA SERU
 
Kata Seru Penggunaan Ayat Contoh
Aduh Untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

Aduh, sakitnya gigiku! 

Aduhai Untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malangnya nasib diriku!

Ah Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

Ah, saya tak mahu ikut kamu!

Amboi / wah Untuk menyatakan perasaan hairan
(a) Amboi, mahal betul jam ini!
(b) Wah, berani betul budak ini!

Cis

Untuk menyatakan perasaan marah dan benci

(a)  Cis, berani dia melawan kataku!

(b)  Cis, kurang ajar betul budak ni!

Eh

Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

(a)  Eh, bila kamu sampai!

(b)  Eh, duit tu ada di sini tadi!

Nah

Menyatakan perasaan marah

(a)  Nah, terimalah habuanmu!

Wahai

Untuk menyatakan perasaan sayang dan merayu

(a)  Wahai adikku sayang!

(b)  Wahai putera dan puteriku!

Hai

Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

(a)  Hai, diamlah sikit!

(b)  Hai, sudah lama kita tidak bertemu

Bedebah

Menyatakan perasaan marah

(a)  Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku!

Alahai

Perasaan menghina atau memperkecilkan seseorang

(a)  Alahai, itupun awak tak boleh buat!

Alamak

Menyatakan perasaan terkejut

(a)  Alamak, banyaknya kerja belum dapat disiapkan!