Kata Adjektif atau juga dipanggil Kata Sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda,
orang, tempat dan sebagainya.
Contoh Ayat:
Faiz dan rakannya sering dimarahi oleh guru disiplin kerana mereka bersikap nakal di sekolah.
Fariza lemah dalam mata pelajaran Matematik kerana dia tidak menyukai subjek itu.
Peserta rejam lebing itu kelihatan sangat cergas.
Contoh ayat:
Pelajar 5 Zeta yang memiliki mata berwarna biru itu merupakan penghidap penyakit albino.
Mahasiswa di universiti itu diwajibkan memakai baju berwarna putih pada setiap hari Isnin.
Kereta berjenama Honda yang berwarna merah itu kepunyaan abang.
Badan Suzy kelihatan semakin kurus kerana dia mengamalkan diet yang seimbang.
Buku cerita adaptasi daripada filem Harry Potter itu sangat tebal.
Kertas yang nipis itu menyukarkan saya untuk menulis.
Contoh ayat :
Bentuk buah kelapa itu lonjong.
Mata Pak Hamid tajam seperti mata helang.
Muka Saleha berbentuk bujur sirih.
Syazwan lewat ke sekolah semalam.
Wana berada di perpustakaan sehari suntuk untuk mengulang kaji pelajaran.
Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
Rumah Lily tidak jauh dari Pejabat Pos.
Kolej Mina dekat dengan lebuhraya.
Pemuda yang tidak dikenali itu berdiri terlalu dekat dengan kereta ibu.
Ayah memecut dengan laju ketika di lebuhraya.
Gasing itu berpusing ligat.
Arus sungai itu sangat deras.
Contoh ayat:
Ibu masih berasa marah kepada saya kerana kejadian malam semalam.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuatkan kami sekeluarga amat rindu akan kampung halaman.
Gadis itu masih malu untuk bersuara.
Sentuhan
Contoh ayat
Kulit mukanya sangat halus.
Pendengaran
Teriakan Aqidah nyaring sungguh.
Rasa
Kuih bulan itu sangat manis.
Assess yourself by staged practices