03: Bahasa Melayu Klasik

 
3  Bahasa Melayu Klasik
 
DEFINISI
 
Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard. Soalan ini berada dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/02), Soalan 4.
 
 
Gambar sebuah rajah:   Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan   Dialah rupanya hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana. Jika begitulah kelakuannya, patutlah dia dapat membunuh bapaku, kerana dia ialah pahlawan yang hebat dan sangat licik.
 
Teknik Menjawab
 
Komponen Penerangan
Isi
  • Kekalkan isi asal ; jangan gugurkan mana-mana isi dalam petikan.
Bahasa
  • Gunakan bahasa yang gramatis ; terdapat banyak kesalahan tatabahasa dalam prosa klasik.
Ayat
  • Kekalkan bentuk cakap ajuk ; jangan tukarkannya kepada cakap pindah/ laporan.
  • Kekalkan struktur ayat pasif dan ayat aktif.
  • Kekalkan struktur ayat bersusunan biasa dan ayat bersusunan songsang ; prosa bahasa Melayu klasik menggunakan banyak ayat bersusunan songsang yang mengelirukan.
Kata / Frasa
  • Tukarkan kata/ frasa yang berunsur bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu standard; bukannya memberikan makna/ takrif.
  • Gugurkan kata pangkal ayat seperti hatta, maka,syahadan, adapun,kalakian, sebermula, alkisah, arakian dan seumpamanya.
  • Kekalkan kata bahasa istana atau bahasa dalam; pastikan dapat membezakan bahasa istana dan bahasa klasik.
Tanda Baca
  • Tanda baca hendaklah betul, terutamanya tanda pembuka dan penutup kata.
Pemerengganan
  • Jawapan hendaklah dalam bentuk perenggan, bukan dalam bentuk ayat.
  • Jika prosa klasik dalam 2 perenggan, anda hendaklah jawab dalam 2 perenggan.