01: Komponen Penulisan

 
1 Komponen Penulisan
 
 KOMPONEN PENULISAN  Pendahuluan • Tema soalan  • Kehendak soalan  Isi • Sekurang-kurangnya 4 hingga 5 isi  • Sekurang-kurangnya 5-6 ayat per isi  • Ayat 1 ialah isi utama • Ayat akhir ialah penegasan  Penutup • Kesimpulan  • Cadangan  • Harapan
 
Pendahuluan
 
Karangan Bahan Ransangan (A) Karangan Umum (B)
1. 3 ayat sudah mencukupi 1. Tulis 4 hingga 5 ayat
2. Ayat tema, ayat isu 2. Ayat tema, ayat kelompok, ayat isu, ayah huraian/ungkapan, ayat arahan
3. Ayat arahan  

Boleh juga tulis : 

  1. Peribahasa
  2. Cerita
  3. Fakta
 
Idea/Isi karangan
 
  1. Ayat idea yang diberikan mestilah menjawab tugasan dengan tepat dan jelas.
  2. Ayat huraian yang matang dan menyokong ayat idea dengan kesinambungan yang baik.
  3. Ayat contoh mesti diberikan sama ada contoh umum, contoh berfakta atau contoh realiti.
  4. Ayat huraian (kesan) berserta ayat ungkapan yang menarik mahupun ayat daripada petikan insan popular di dunia.
  5. Ayat penegasan sangat penting untuk menegaskan idea sekali lagi agar murid yang hampir terpesong karangannya juga dapat diselamatkan.
 
Kesimpulan
 
Karangan Bahan Ransangan (A) Karangan Umum (B)
1. Ayat cadangan 1. Ayat kesimpulan
2. Ayat harapan 2. Ayat cadangan
3. Ayat penutupan/penegasan/ungkapan 3. Ayat harapan
  4. Ayat ungkapan
5. Ayat penegasan tema
 

Contohnya :

           Kesimpulannya....... (siapa) mestilah....... Saya berharap agar....... Hal ini demikian kerana....... Oleh hal yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa......

 
5 Kesalahan Umum Dalam Kalangan Murid Dalam Penulisan
 
  1. Format karangan
  2. Wacana tidak lengkap
  3. Bahasa/jalan bahasa
  4. Tanda baca
  5. Tulisan/kualiti penyampaian
Nota

 

  • Alamat/ kata nama khas/ peribahasa/ kata majmuk/ kata ganda ialah dikira sebagai 1 perkataan.