12: Imbuhan

 
12 Imbuhan
 
 DEFINISI
 
Imbuhan ialah proses penambahan pada kata dasar.
 
 
Gambar sebuah rajah:    Pe - Pem - Pen - Peng Di - Penge - Ke - Juru - PeN...an Per...an  Awalan  Imbuhan  Apitan  Pel...an Ke...an Ter - Se - -an MeN - Memper - BeR -  Akhiran  MeN...an MeN...i Di...kan -kan Di...i
 

Imbuhan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

  1. Imbuhan awalan
  2. Imbuhan akhiran
  3. Imbuhan apitan
 
Imbuhan Awalan

 

  • Imbuhan awalan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar.
  • Imbuhan awalan boleh wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan .
Imbuhan awalan Contoh
Pe- Peladang, petani
Pem- Pembalit, pembantu
Pen- Pendidik, penjaja
Peng- Pengganggu, pengganti
Penge- Pengebom, pengecat
Ke- ketua, kekasih
Juru- Jurutera, juruterbang
Ter- Terbesar, terindah
Se- Setenang, semahal
MeN- Melantik, membalas, mendakap, menggaru, mengepos
Memper- Memperbesar, mempercepat
BeR- Bersinar, berehat, bergegar, belayar
Di- Diangkat, dijentik, dijemput
 
Imbuhan Akhiran

 

  • Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
  • Imbuhan akhiran hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
Imbuhan akhiran Contoh
-an Makanan, bantahan, dorongan
-i Akhiri, salami, dekati
-kan Serahkan, ikatkan, patahkan
 
Imbuhan Apitan

 

  • Imbuhan apitan ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan dan belakang kata dasar.
  • Imbuhan apitan wujud dalam kata nama terbitan , kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan .
Imbuhan apitan Contoh
PeN...an
  • pelabuhan
  • pembukaan
  • penjelasan
  • penghantaran
  • pengeboman
Per…an
  • perhentian
  • persisiran
Pel…an
  • pelajaran
  • pelunjuran
Ke...an
  • kebangsaan
  • kejayaan
MeN...an
  • melahirkan
  • membelikan
  • mencurahkan
  • menghiburkan
  • mengetinkan 
MeN…i
  • menaiki
  • mempunyai
  • mendalami
  • mengairi
Di...kan
  • diserahkan
  • dikoyakkan
Di…i
  • dilindungi
  • disusuli