10: Kata Majmuk

 
10 Kata Majmuk
 
DEFINISI
 
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan menggabungkan dua atau lebih kata dasar, perkataan yang baharu membawa makna terentu dan dieja tercantum atau terpisah tetapi tidak bersempang.
 
Contoh: Mata pelajaran, gambar rajah, kapal terbang dan lain-lain.
 
 
 Gambar sebuah rajah:  Kata Majmuk  Bumi + Putera = Bumiputera
 
Kata Majmuk Mantap

 

  • Kata majmuk yang daripada dua perkataan dasar tetapi dieja sebagai satu perkataan. 
  • Sebagai contoh,
  1. Antarabangsa
  2. Beritahu
  3. Bumiputera
  4. Jawatankuasa
  5. Kakitangan
 
Manakala, ayat majmuk pula ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
 
Kata hubung Ayat tunggal Ayat majmuk
Dan
1.   Suhaili  suka makan nasi lemak.
2.   Suhaili suka makan mi sup.
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
Yang
1.   Rumah itu besar.
2.   Rumah itu rumah Fazli.
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Bahawa
1.   Dia menyatakan.
2.   Kakaknya akan berkahwin. 
Dia menyatakan bahawa kakaknya akan berkahwin. 
Apabila
1.   Dia akan balik ke kampung.
2.   Ada masa lapang.
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.