05: Kata Hubung

 
5  Kata Hubung
 
 DEFINISI 
 

Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal.

Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

 
 
 Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata Hubung Pancangan Relatif Komplemen Keterangan Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Kata Hubung
 
Kata Hubung Gabungan

 

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.


Contoh ayat:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.

 
Kata Hubung Pancangan

 

Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

 

Contoh ayat :

Ayat Utama Kata Hubung Pancangan Ayat Kecil
Asmah senyum kerana dia sangat gembira.
Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.
Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
 

 Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1.    Kata hubung pancangan relatif
2.    Kata hubung pancangan komplemen
3.    Kata hubung pancangan keterangan

 

Jenis Kata Hubung Pancangan Penerangan
Relatif
  •  Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.
  • Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah "yang".
Komplemen
  • Kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama.
  • Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Keterangan
  • Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama.
  • Contoh kata keterangan adalah seperti;
    • kerana
    • hingga
    • kalau
    • agar
    • jika
    • sungguhpun
    • supaya
    • apabila