03: Bahasa Melayu Klasik

 
3  Bahasa Melayu Klasik
 
 DEFINISI
 

Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard. Soalan ini berada dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/02), Soalan 4.

 
 
Sistem Tulisan dan Ejaan Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Kosa Kata Tatabahasa
 
Nota

 

  • Pelajar tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan/bahan. 
  • Bahan hanya akan diambil daripada teks komsas Tingkatan 4 (Kepimpinan Melalui Teladan) dan Tingkatan 5 (Burung terbang Dipipiskan Lada) sahaja.

 

Perkara yang Tidak Boleh diubah (dikekalkan) :

  • Bahasa Istana. Contohnya Titah, Daulat, Sembah, Menghadap,Tuanku dan Patik.
  • Nama Watak
  • Nama Tempat
  • Kata Ganti Nama Diri. Contohnya Patik, Baginda, Hamba dan Tuan Hamba.
 
Contoh bahan yang diadaptasikan daripada novel Kepimpinan Melalui Teladan 
 
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Standard
Maka Kertala Sari pun pandang pada laksamana itu. Maka ia pun fikir dalam hatinya, "Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan." Maka Kertala Sari pun memandang ke arah Laksamana. Lalu dia pun berfikir di dalam hatinya, " Dialah rupanya hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana. Jika begitulah kelakuannya, patutlah dia dapat membunuh bapaku, kerana dia ialah pahlawan yang hebat dan sangat licik."